PEMBANGUNAN LESTARI
JEMPOL, 14 Nov (MalaysiaAktif)
Pelan Induk Bandar Pintar Negeri Sembilan 2040 (PIBPNS 2040) dijangka menjadi pemangkin kehidupan yang lebih berkualiti buat rakyat di negeri ini.
“Pelancaran PIBPNS 2040 merupakan satu pelan strategik yang menggabungkan teknologi pintar, perancangan ruang serta kesejahteraan rakyat dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup penduduk bandar dan luar bandar.”
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan
Mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Arul berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2025 di Lorong Dato’ Maharaja, berhampiran Stesen Bas Bahau.
Beliau menambah, sambutan tersebut bukan sahaja memperingati kepentingan perancangan bandar yang mampan, tetapi juga memperkukuh hala tuju pembangunan negeri menuju ke arah Negeri Pintar, Hijau dan Lestari menjelang 2040.
Model rintis pembangunan pintar di kawasan luar bandar berteraskan ekonomi digital, kecekapan perkhidmatan awam, kelestarian alam sekitar serta keterangkuman sosial.
Projek memberi nafas baharu bagi memperindah serta menghidupkan semula lorong-lorong belakang sebagai ruang awam yang lebih ceria dan selamat. (Tema: Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat)
Dalam ucapannya, Arul berharap sambutan berkenaan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting perancangan bandar dalam mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selesa, seimbang dan berdaya tahan untuk semua lapisan masyarakat.







Views Today : 61
Views This Month : 378
Views This Year : 15626
Total views : 20735070
Who's Online : 0