PEMBEKALAN MAKLUMAT PERANCANGAN SPATIAL |
Antara maklumat yang boleh didapati melalui Unit Bank Data Jabatan adalah maklumat gunatanah semasa dan zoning dalam format geospatial melalui pangkalan data GIS9.
DATA GEOSPATIAL
OBJEKTIF
Membekalkan maklumat perancangan dalam tempoh lima (5) hari selaras dengan objektif kualiti Jabatan
SKOP
Membekalkan maklumat perancangan (Spatial) kategori yang tidak terperingkat bagi data gunatanah semasa dan zoning kepada Jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta, individu, IPT, pelajar dan lain-lain yang berkaitan .
DEFINISI
- Maklumat perancangan spatial merupakan maklumat gunatanah semasa dan zoning seperti perumahan, industri, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan lain-lain.
- Kategori maklumat perancangan spatial tidak terperingkat bermaksud maklumat-maklumat yang boleh dikongsi untuk kegunaan orang awam seperti maklumat gunatanah semasa dan maklumat guna tanah zoning (gunatanah cadangan).
FORMAT PEMBEKALAN MAKLUMAT
SOFTCOPY (Salinan Lembut) | HARD COPY(Salinan Lembut) | |
SPATIAL | BUKAN SPATIAL | Pelan Saiz |
· ArcGIS (Shape file)· Map Info (tab)· AutoCAD (dwg.,dxf) | · PNG· Excel· JPEG | A0A1A2A3A4 |
*Sila Rujuk Harga Data Geospatial dan Salinan Peta GIS9
- Pemohon perlu lengkapkan Borang A (Keselamatan Data) sebelum permohon di proses dan diserahkan dikaunter Jabatan atau di-email kepada gis9@ns.gov.my atau jpbdns@gov.my
- Jabatan hanya membekalkan maklumat perancangan kategori yang tidak terperingkat sahaja