RANCANGAN TEMPATAN DAERAH
Pengenalan
Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan penyediaan Rancangan Tempatan (RT) iaitu di bawah Seksyen 12 hingga 16. Berdasarkan kepada Subseksyen 12(3) Akta 172, RT perlu mengandungi suatu peta cadangan dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa – apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi:
-
- Memajukan tanah
-
- Melindungi dan memperelok alam sekitar
-
- Memelihara topografi semulajadi
-
- Memperelok lanskap
-
- Memelihara dan menanam pokok dalam
-
- Mengadakan tanah lapang dalam
-
- Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan
-
- Memperbaiki sistem komunikasi
-
- Mengendalikan lalulintas dalam kawasan rancangan tempatan.
Rancangan Tempatan juga mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Selain itu, subseksyen 12(4) juga menjelaskan bahawa Rancangan Tempatan hendaklah juga mengandungi dan disertakan dengan gambarajah, gambarah-gambaran dan bahan-bahan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan di dalam rancangan itu.
PERUNTUKAN AKTA 172 YANG BERKAITAN DENGAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN
Rancangan Tempatan Daerah perlu disediakan selaras dengan Seksyen 12 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), seperti Jadual di bawah
Bidang |
Seksyen |
Keterangan |
Keperluan Penyediaan RT |
Subseksyen 12(1) |
PBPT boleh menyediakan Draf RT sekiranya difikirkan perlu dan akan memberi faedah kepada kawasannya. Terdapat dua (2) keadaan di mana PBPT boleh menyediakan Draf RT iaitu semasa Draf RS sedang disediakan atau sebelum Draf RS dipersetujui oleh PBN. |
Subseksyen 12(2) |
PBPT hendaklah menyediakan Draf RT bagi seluruh kawasannya dengan segera sekiranya RS bagi Negeri tersebut telah berkuat kuasa. |
|
Subseksyen 12(6) |
PBPT juga dikehendaki menyediakan Draf RT bagi kawasannya sekiranya diarahkan oleh JPN. Arahan ini boleh diberi semasa Draf RS telah atau sedang disediakan. |
|
Kandungan RT |
Subseksyen 12(3) |
Draf RT hendaklah mengandungi suatu peta cadangan dan pernyataan bertulis bagi kawasan PBPT berkenaan cadangan terperinci. |
Subseksyen 12(4) |
Draf RT perlu disokong oleh gambar rajah, gambaran dan bahan perihalan yang sesuai oleh PBPT atau yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. |
|
Publisiti Awal |
Seksyen 12A |
Sebelum menyediakan Draf RT, PBPT hendaklah menjalankan publisiti awal untuk memaklumkan kepada orang awam dan ‘stakeholders’ mengenai penyediaan, matlamat dan kandungan Draf RT. |
Publisiti Draf RT |
Subseksyen 13(1) |
PBPT hendaklah menyediakan salinan Draf RT untuk diperiksa. |
Subseksyen 13(2) |
PBPT dikehendaki menyiarkan notis pemberitahuan Draf RT telah tersedia untuk diperiksa oleh orang awam dengan menyiarkan dalam tiga (3) keluaran daripada sekurang- kurangnya dua (2) akhbar tempatan, satu daripadanya adalah dalam bahasa kebangsaan. Tempoh pemeriksaan adalah tidak kurang daripada empat (4) minggu dari tarikh Draf RT diperiksa. |
|
Subseksyen 13(3) |
PBPT boleh melanjutkan sekali tempoh pemeriksaan salinan Draf RT selama tidak lebih daripada empat (4) minggu atas permohonan mana-mana orang. |
|
Siasatan Tempatan dan Pendengaran |
Subseksyen 14(1) |
PBPT boleh mengarahkan suatu Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran lain yang terdiri daripada tiga (3) orang yang dilantik oleh JPN untuk mempertimbangkan bantahan yang dikemukakan. |
Bidang |
Seksyen |
Keterangan |
Pewartaan Draf RT |
Subseksyen 15(1) |
Selepas menimbangkan bantahan atau representasi, PBPT hendaklah mengemukakan Draf RT atau mengemukakan Draf RT yang telah diubahsuai kepada pihak JPN untuk kelulusan. |
Subseksyen 15 (1A) |
JPN boleh meluluskan keseluruhan, sebahagian Draf RT dengan atau tanpa pindaan, atau menolak Draf RT tersebut. |
|
Subseksyen 15 (1B) |
JPN boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkan berkaitan sama ada atau tidak perkara tersebut telah diambil kira dalam Draf RT yang dikemukakan atau dikemukakan semula ke JPN. |
|
Subseksyen 15 (1C) |
JPN hendaklah mengemukakan Draf RT yang telah diluluskan kepada PBN untuk persetujuan dan dikuatkuasa. |
|
Subseksyen 15 (4) |
PBPT hendaklah mengarahkan supaya fakta persetujuan PBN ke atas Draf RT disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang- kurangnya dalam dua (2) akhbar tempatan, satu (1) daripadanya berbahasa kebangsaan. |
|
Keperluan Pengubahan,
Pembatalan, atau Penggantian suatu Rancangan Tempatan. |
Subseksyen 16(1) |
PBPT boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu rancangan tempatan. |
Subseksyen 16(2) |
PBPT hendaklah jika JPN memberikan arahan bagi maksud itu berkenaan dengan suatu rancangan tempatan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan cadangan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan itu. |
|
Subseksyen 16(3) |
Subseksyen 12(8) dan (9) dan Seksyen 13, 14 dan 15 hendaklah terpakai berhubung dengan pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa pengubahan, pembatalan atau penggantian rancangan itu yang berikutnya, sebagaimana ia terpakai berhubung dengan penyediaan draf rancangan tempatan di bawah seksyen 12 dan berhubung dengan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawahnya. |
|
Subseksyen 16A(1) |
JPN boleh mengarah Pengarah Negeri untuk menyediakan RT jika PBPT gagal berbuat demikian. Perbelanjaan berkaitan penyediaan Draf RT hendaklah dibayar oleh PBPT kepada Pengarah Negeri. |
RANCANGAN TEMPATAN DI NEGERI SEMBILAN
Rancangan Tempatan di Negeri Sembilan yang telah diwartakan adalah seperti berikut:
BIL. | RANCANGAN TEMPATAN | TARIKH WARTA | NO. WARTA |
1. | Rancangan Tempatan Malaysian Vision Valley 2045 | 15 April 2021 | 185 |
2. | Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2030 | 24 Oktober 2019 | 570 |
3. | Rancangan Tempatan Daerah Rembau 2025 (Penggantian) | 22 Mei 2014 | 300 |
4. | Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 | 12 Jan 2023 | 29 |
5. | Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 | 12 Jan 2023 | 30 |
6. | Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2035 (Penggantian) | 12 Jan 2023 | 31 |