RANCANGAN TEMPATAN DAERAH
Rancangan Tempatan (RT) adalah merupakan satu dokumen perancangan fizikal yang menterjemahkan dasar dan perancangan pembangunan strategik rancangan struktur ke dalam bentuk peta cadangan guna tanah yang lebih terperinci bagi kawasan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Ia di sediakan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri serta dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri.
PERUNTUKAN AKTA 172 YANG BERKAITAN DENGAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN
Rancangan Tempatan Daerah perlu disediakan selaras dengan Seksyen 12 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), seperti Jadual di bawah
- Subseksyen 12(1) – Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa Negeri memberikan persetujuan tentang suatu draf rancangan struktur yang telah disediakan, boleh jika difikirkan wajar menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya.
- Subseksyen 12(2) – Jika suatu rancangan struktur bagi Negerinya telah berkuatkuasa, Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan hendaklah seberapa segera yang praktik menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya.
- Subseksyen 12(3) - Draf Rancangan Tempatan sebagai satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan yang merumusan dan perincian oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan mengenai cadangannya bagi
- Memajukan tanah
- Melindungi dan memperelok alam sekitar
- Memelihara topografi semulajadi
- Memperelok lanskap
- Memelihara dan menanam pokok dalam
- Mengadakan tanah lapang dalam
- Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan
- Memperbaiki sistem komunikasi
- Mengendalikan lalulintas dalam kawasan rancangan tempatan.
FUNGSI RANCANGAN TEMPATAN
- Mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam Rancangan Struktur ke dalam bentuk fizikal.
- Penyediakan garis panduan asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam pembangunan kawasan kajian.
- Merumuskan garis panduan kawalan pembangunan untuk memudahkan proses-proses perlaksanaan Rancangan Tempatan.
- Mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan yang perlu tindakan segera – Kawasan Rancangan Khas.
RANCANGAN TEMPATAN DI NEGERI SEMBILAN
Rancangan Tempatan di Negeri Sembilan yang telah diwartakan adalah seperti berikut:
BIL. |
RANCANGAN TEMPATAN |
TARIKH WARTA |
NO. WARTA |
1. |
Rancangan Tempatan Daerah Seremban 2015 |
28 Oktober 2010 |
636 |
2. |
Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2020 |
1 September 2011 |
455 |
3. |
Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2020 |
28 April 2011 |
162 |
4. |
Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson 2020 |
28 April 2011 |
161 |
5. |
Rancangan Tempatan Daerah Jelebu 2002-2015 |
16 Ogos 2007 |
670 |
6. |
Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015 Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015 (Pengubahan 1-2014 |
16 Ogos 2007 1 Januari 2015 |
669 1 |
7. |
Rancangan Tempatan Daerah Rembau 2025 |
22 Mei 2014 |
300 |
PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN