Rancangan Kawasan Khas
Pengenalan
Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan dalam Subseksyen 16 B(1), (2) dan (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). RKK mengandungi cadangan tindakan khusus terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.
RKK menghasilkan rancangan terperinci bagi kawasan yang mempunyai kepentingan khusus yang membolehkan PBPT melakukan tindakan pembangunan dengan kadar segera setelah mengenalpasti isu-su perancangan dan pembangunan setempat. Cadangan tindakan pembangunan dengan kadar segera ini boleh dilaksanakan dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokkan, pemuliharaan bagi kawasan berkenaan.
RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan