Lembaga Rayuan
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
Pengenalan
Badan Berkecuali
Ditubuhkan di bawah Bahagian VI seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] untuk bertindak sebagai badan bebas.
Mahkamah Perancangan
Berfungsi mendengar kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa, menggantikan proses mahkamah biasa yang rumit dan panjang.
Saluran Rakyat
Mekanisme untuk memudahkan pihak awam atau pihak terkilan mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan keputusan PBPT.
Fungsi Utama
Lembaga Rayuan adalah tribunal yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk:
- Memberi Peluang Rayuan: Mendengar kes orang awam yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
- Menyelesaikan Pertikaian: Menjadi orang tengah antara perayu (Pembantah, Pemohon, Pemilik, atau Pengguna) dengan pihak berkuasa.
- Membuat Keputusan: Mendengar, mempertimbang, dan memutuskan kes-kes di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933.
Ingin Membuat Rayuan?
Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan PBPT, kami mengalu-alukan rayuan anda.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
(PLANMalaysia Negeri Sembilan)
Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,
70646, Seremban, Negeri Sembilan
Prosedur Rayuan
Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang A yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar.
Dapatkan Borang A*Hanya rayuan yang memenuhi kriteria sahaja akan diproses.







Views Today : 61
Views This Month : 378
Views This Year : 15626
Total views : 20735070
Who's Online : 0