ULASAN PERANCANGAN KEBENARAN MERANCANG
MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172
Mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
Pada amnya ” kebenaran merancang ” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]
SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?
Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan :
- Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan,kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).
- Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT, di bawah subseksyen 5(2).
- Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.
DEFINISI ’ PEMBANGUNAN ’ ATAU ’ PEMAJUAN ’
Subsyeksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan ‘ pembangunan ‘ atau ‘ pemajuan ‘ meliputi aktiviti-aktiviti berikut :
PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN
Subsyeksyen 22( 2 ) Akta 172 telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh PBPT sebelum menimbang atau membuat keputusan ke atas sesuatu permohonan kebenaran merancang. Antaranya adalah termasuk :







Views Today : 47
Views This Month : 364
Views This Year : 15612
Total views : 20735056
Who's Online : 1