JATA NEGERI

Soalan Lazim

Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan

Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan             

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) jabatan bertujuan memastikan setiap proses kerja dijalankan secara terancang, konsisten dan berkesan selaras dengan piawaian MS ISO 9001:2015. Pelaksanaan SPK membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan, kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan secara berterusan.

Bagi tahun 2025, jabatan telah berjaya melaksanakan Audit Pemantauan I (Surveillance Audit I) Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang telah dijalankan pada 1 hingga 2 Julai 2025 oleh Ts Norlizawati binti Yusof, Pegawai Audit SIRIM, selama dua hari. Audit ini menumpukan kepada semakan proses semasa, dokumentasi serta pelaksanaan prosedur SPK di semua bahagian jabatan.

Jabatan merakamkan tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Komitmen dan kerjasama semua pihak memastikan SPK jabatan terus berada pada tahap cemerlang.

Audit pemantauan seterusnya adalah Audit Pemantauan II (Surveillance Audit II) yang dijangka akan dilaksanakan pada Julai 2026 bagi memperkukuh amalan kerja berkualiti serta menyokong penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.

Skip to content