Penilaian Impak Sosial (SIA)
Penilaian Impak Sosial (SIA) ialah satu proses sistematik untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus impak sosial positif dan negatif yang berpotensi berlaku akibat pelaksanaan sesuatu dasar, pelan atau projek pembangunan terhadap masyarakat. SIA memberi tumpuan kepada kesejahteraan komuniti dengan mengambil kira aspek seperti kualiti hidup, sosioekonomi, keselamatan, kesihatan, budaya dan persekitaran sosial setempat.
Objektif & Kepentingan
Melalui SIA, pandangan dan keperluan masyarakat setempat diambil kira dalam perancangan pembangunan bagi memastikan projek dilaksanakan secara lebih inklusif, mampan dan bertanggungjawab. Laporan SIA juga berfungsi sebagai dokumen sokongan penting kepada Kerajaan dan Pihak Berkuasa Perancang dalam membuat keputusan yang berasaskan maklumat serta selaras dengan dasar dan aspirasi pembangunan negara.
Dalam pelaksanaan SIA, cadangan pembangunan diklasifikasikan mengikut 2 kategori:
Dirujuk kepada PLANMalaysia Ibu Pejabat dan diuruskan oleh Urusetia SIA di peringkat Ibu Pejabat
Dirujuk dan diuruskan di peringkat PLANMalaysia Negeri melalui Urusetia SIA Negeri.







Views Today : 61
Views This Month : 378
Views This Year : 15626
Total views : 20735070
Who's Online : 0