Kronologi Penubuhan Jwatankuasa Teknikal JPN
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) Bil. 2 pada 30 April 2009
JKR menimbulkan isu kelewatan kelulusan Kebenaran Merancang dari PBT dan mencadangkan:
- pihak JKR dan orang-orang yang diberi kuasa boleh mengemukakan pemberitahuan pembangunan sahaja kepada PBT dan tidak perlu mengemukakan permohonan KM
- Semua pembangunan projek kerajaan boleh dimulakan kerja sebaik sahaja pemberitahuan pembangunan kepada PBT.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 bersetuju :
- Supaya ditangguhkan keputusan ke atas Memorandum Daripada KPKT berkenaan dengan perkara ini.
- Supaya Cadangan Penambahbaikan Urusan Perakuan Projek-Projek JKR Melalui Rundingan dan Pengecualian Kebenaran Merancang diteliti dan dibincang dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri.
Mesyuarat bagi membincangkan kertas-kertas Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 17 Julai 2009 telah bersetuju:
- supaya takrifan yang jelas diberikan kepada proses “perundingan” yang tidak menunjukkan sebagai proses mendapatkan kelulusan.
- supaya JKR hendaklah mematuhi syarat-syarat dan keperluan semua agensi teknikal sebelum mengemukakan cadangan pemajuan kepada Jawatankuasa Teknikal JPN.
- supaya tempoh masa bagi proses rundingan hendaklah ditentukan bagi menepati keperluan pihak yang terlibat iaitu JKR dan Jawatankuasa Teknikal JPN.
Mesyuarat JKTN Bil 3 pada 21 Mei 2009 bersetuju:
- Cadangan penambahbaikan rundingan projek-projek JKR oleh KPKT.
- Cadangan ini dapat mempercepat dan mempermudahkan urusan rundingan dengan JPN di bawah seksyen 20A, Akta 172.
Proses rundingan ini hendaklah menyelaraskan aspek-aspek teknikal utama iaitu:
- penyelarasan dengan rancangan pemajuan;
- perancangan dan kesesuaian guna tanah;
- penyelarasan aksesibiliti;
- jaringan sistem infrastruktur dan utiliti;
- jaringan sistem saliran dan perparitan;
- aras permukaan tapak; dan
- analisis topografi.
Peranan dan Tanggungjawab JPBD Negeri
- Urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal JPN dalam menerima dan menguruskan proses rundingan.
- Memastikan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dari segi maklumat berhubung sesuatu cadangan pemajuan.
- Setelah menerima maklumat perancangan yang lengkap daripada pihak JKR, hendaklah mengadakan rundingan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.
- Pengarah JPBD negeri (bagi negeri yang melantik Pengarah JPBD negeri selaku pengerusi) hendaklah mempengerusikan mesyuarat rundingan.
- Memainkan peranan utama bagi memastikan urusan memudahcara proses rundingan ini berjalan lancar.
Peranan dan Tanggungjawab JKR
- Pihak JKR hendaklah menyedia dan mengemukakan dokumen yang mengandungi maklumat lengkap tentang cadangan pemajuan itu;
- JKR hendaklah mengadakan perbincangan awal (Pre-Consultation) dengan jabatan atau agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat teknikal yang mempunyai kaitan dengan cadangan pemajuan.
- JKR hendaklah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang telah diselaraskan semasa proses rundingan bagi memastikan pandangan dan ulasan jabatan-jabatan teknikal diambil kira serta dipatuhi; dan mengemukakan surat aku janji (letter of undertaking) kepada JPN apabila projek hendak dilaksanakan.
Peranan dan Tanggungjawab Jabatan Teknikal
- Jabatan-jabatan teknikal selaku Ahli Jawatankuasa Teknikal JPN hendaklah memberi ulasan teknikal bertulis dan menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan jabatan masing-masing serta membuat keputusan semasa proses rundingan.