Mesyuarat Penyelarasan Pusat Setempat (OSC) dan Perancangan di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan Bil.1/2023 dan Lawatan Kerja Ke PLANMalaysia Johor serta Majlis Perbandaran Pengerang -MPP telah dilaksanakan pada 6-8 Mac 2023 (Isnin – Rabu) yang telah diurusetiakan oleh Bahagian Kawalan dan Pemantauan Perancangan (BKPP) PLANMalaysia Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri oleh Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Sembilan, Semua Unit OSC dan Perancang Bandar di Negeri Sembilan.
Hari Pertama, 6 Mac – Taklimat berkaitan Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor telah disampaikan oleh Pegawai dari PLANMalaysia Johor serta promosi berkaitan Johor Smart City Forum (JSCF) yang akan dilaksanakan pada 12-14 Jun 2023 di Persada Johor Bahru.
Hari Kedua, 7 Mac – Perbincangan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembentangan 3 kertas kerja yang dipengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia Negeri Sembilan di KSL Hotel, JB.
Hari Ketiga, 8 Mac -Taklimat berkaitan Pelan Tindakan Bandar Pintar Pengerang 2030 oleh Majlis Perbandaran Pengerang serta lawatan ke Pengerang Integrated Complex (PIC) dengan taklimat yang telah disampaikan Pihak Petronas Pengerang Integrated Complex
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang dilaksanakan pada kali ini.