BAHAGIAN KAWALAN & PEMANTAUAN PERANCANGAN
PENGENALAN
Bahagian ini merupakan salah satu bahagian di PLANMalaysia@Negeri Sembilan (PMNS) yang mengendalikan aktiviti-aktiviti kawalan perancangan dan pembangunan (development control) untuk keseluruhan Negeri Sembilan.
OBJEKTIF
- Memastikan aktiviti pembangunan selaras dengan garispanduan, peraturan dan undang-undang yang digunapakai.
- Memberikan khidmat pra-rundingan kepada semua pemohonan yang dirujuk ke PMNS.
- Memproses permohonan ulasan perancangan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah Daerah dan orang awam. Permohonan yang dikemukakan meliputi permohonan mengubah jenis kegunaan tanah, pelan pra-perhitungan, pelan pecah bahagian, pelan konsep pembangunan, permohonan tanah kerajaan, maklumat perancangan, kebenaran merancang, projek penswastaan dan rayuan perancangan dengan mengambilkira semua aspek pertimbangan perancangan dalam tempoh 14 hari.
- Menyelia dan mengemaskini maklumat perancangan yang telah mendapat kelulusan dan memantau pelaksanaan pembangunan bagi tujuan pemantauan Rancangan Pemajuan.
- Menerima, memproses dan merekod permohonan ulasan perancangan mengikut proses kerja dan prosedur MS ISO yang berkaitan.
FUNGSI UTAMA
- Menjalankan fungsi utama pengurusan kawalan perancangan bagi memastikan pembangunan di Negeri Sembilan selaras dengan keperluan rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang berkaitan.
- Perkhidmatan teras yang disampaikan kepada pelanggan.
- Memproses keseluruhan permohonan bagi Negeri Sembilan.
- Permohonan Kebenaran Merancang (OSC) termasuk tukar syarat, pecah sempadan/bahagian, syarat nyata, serah balik dan beri milik semula.
- Pengesahan pelan susunatur di bawah Subseksyen 5(2) Akta 172 (Endorsement).
- Permohonan tanah kerajaan.
- Permohonan pengambilan balik tanah.
- Permohonan rayuan.
- Memberi ulasan untuk Laporan EIA.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) dan Perancangan Di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan.
- Menjadi urus setia penyelarasan permohonan KM yang perlu dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).
- Menjadi urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal JPN – Rundingan Projek-Projek JKR.
- Memberi khidmat nasihat perancangan dan pra-rundingan.
- Memberi maklumbalas dan input perancangan bagi mesyuarat lembaga tanah ladang dan mesyuarat pengambilan balik tanah Negeri Sembilan.