14 Mac 2024 – Pada pagi ini telah sempurnanya, Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 1 Negeri Sembilan Darul Khusus Oleh Edotco Malaysia Sdn Bhd. di Kampung Rambai Baris, Jelebu.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sembilan merupakan kerajaan negeri terawal yang mendengar taklimat dari pihak DNB berkenaan projek rangkaian 5G di seluruh negara pada 23 Januari 2024 yang lalu.
Negeri Sembilan adalah antara negeri yang proaktif dalam menjayakan hasrat kerajaan melalui Pelan JENDELA yang bertindak sebagai asas kepada peralihan infrastruktur komunikasi yang lebih baik dengan matlamat untuk menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi.
Dalam pada itu, pelaksanaan inisiatif JENDELA adalah selaras dengan visi kerajaan negeri melalui Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2025 atau RPNS 2025.
Saya difahamkan sebanyak 27 menara telekomunikasi di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 di Negeri Sembilan telah pun siap dibangunkan oleh pihak EDOTCO SDN BHD pada tahun 2023 dan kini dalam fasa pemasangan peralatan telekomunikasi oleh pihak CelcomDigi.
Menjadi harapan saya bahawa sektor-sektor seperti pertanian,perindustrian dan perniagaan akan mendapat manfaat yang besar apabila rangkaian telekomunikasi 5G siap dibangunkan di Negeri Sembilan.
Sumber: FB Rasmi Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun