Lawatan Kajian Lapangan Awalan untuk mencerap maklumat geotapak bagi cadangan Geopark Jelebu di Jeram Berungut & Lembah Jemaloi di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu pada 4-6 Mac 2024. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka sedang dalam proses menyediakan Laporan Inventori Geotapak : Kajian Geopark Jelebu 2023. Kajian ini juga mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.