SEREMBAN – Negeri Sembilan menerima pengiktirafan tertinggi sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 bagi anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan berkata pencapaian ini membuktikan langkah proaktif pasukan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.
20 Kriteria Kejayaan
Antara aspek utama yang dinilai bagi Tarikan Pelabur Global:
Ease of Doing Business
Tourism
Industries
Global Awareness
Positive Impact Policies
Land Equity
Environmental Preservation
Happiness Index
Food Security
Future Plan
“
“Pengiktirafan ini bukan sekadar anugerah, malah sebagai bukti usaha kolektif Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan semua peringkat yang berteraskan tema Bersih, Muafakat dan Sejahtera.”
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Industri dan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI), Teo Kok Seong bersama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dr Arwan Sabri mewakili pentadbiran negeri bagi menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.








Views Today : 75
Views This Month : 518
Views This Year : 15766
Total views : 20735210
Who's Online : 0