JATA NEGERI

Soalan Lazim

Perutusan Pengarah

Jata Negeri Sembilan

Perutusan Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

Tuan Zaifulzahri bin Kamde
Pengarah JPBD NS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan).

PLANMalaysia Negeri Sembilan adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal berkaitan dengan perancangan penggunaan dan pembangunan tanah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam konteks ini Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas dijadikan panduan di dalam menentukan kegunaan dan pembangunan tanah demi untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia, terutama di kawasan bandar.

“Tanggungjawab tersebut diperjelaskan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melalui Bahagian Perancangan Korporat, Bahagian Perancangan Pembangunan, Bahagian Kawalan Pembangunan serta unit khas seperti Unit GIS9 dan Urusetia Lembaga Rayuan.”

Dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan, kami sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat laman ini dan juga ke arah perancangan penggunaan dan pembangunan tanah yang lebih baik dan efisien.

Selamat melayari Laman Web Rasmi kami.
Sekian, Terima kasih.

TPr ZAIFULZAHRI BIN KAMDE

Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
(PLANMalaysia Negeri Sembilan)

 
Skip to content