JATA NEGERI

Soalan Lazim

Fungsi Jabatan

FUNGSI JABATAN 

  1. Bertindak sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri, PBT dan agensi- agensi berkaitan tentang semua hal perancang Bandar, termasuk penggunaan, pemajuan dan pembangunan tanah mengikut Seksyen 4(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  2. Melaksanakan tugas sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 172.
  3. Menyediakan Rancangan Struktur Negeri dibawah Seksyen 8, Akta 172 yang merumus dasar bagi pemajuan dan penggunaan tanah di dalam negeri.
  4. Menyeleras penyediaan dan perlaksanaan Rancangan Pembangunan yang telah disediakan serta memantau perlaksanaanya.
  5. Menyediakan Pelan- Pelan Projek Khas untuk agensi-agensi kerajaan persekutuan,negeri dan PBT.
  6. Menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan perancangan berdasarkan Rancangan Pemajuan dan apa-apa arahan JPN dan Kerajaan Negeri.
  7. Menjalankan fungsi Lembaga Rayuan mengikut Seksyen 36, Akta 172.
  8. Menjalankan kajian gunatanah  dan penyelidikan dalam aspek perancangan bandar dan desa.
  9. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisis maklumat perancangan pembangunan Bandar dan desa.
  10. Menjadi PBT bagi kawasan-kawasan di luar kawasan PBT mengikut peruntukan subseksyen 5(2) Akta 172.
  11. Mengumpul,menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan bandar dan desa melalui laman web,buletin,monograf,bengkel,seminar dan lain-lain.
Skip to content