Bahagian Perancangan Korporat, Inovasi dan Kualiti
Bahagian ini terdiri daripada 12 orang pegawai dan kakitangan pelbagai lapisan.
Bahagian ini terbahagi kepada 4 unit iaitu Urus setia jawatankuasa Perancang Negeri , Lembaga Rayuan, Korporat dan Inovasi & Kualiti
a) Menjadi urus setia Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN);
b) Menjadi urus setia Lembaga Rayuan Negeri Sembilan;
c) Menyelaras pelaksanaan dasar dan garis panduan perancangan;
d) Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;
e) Menyedia dan menyebar maklumat korporat;
f) Menyediakan laporan maklumbalas mesyuarat-mesyuarat utama; dan
g) Menjadi urus setia program kemampanan bandar melalui pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan (MURNInets).