JATA NEGERI

Soalan Lazim

Kawalan & Pemantauan Perancangan

BAHAGIAN KAWALAN & PEMANTAUAN PERANCANGAN 

PENGENALAN

Bahagian ini merupakan salah satu bahagian di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan)  yang mengendalikan aktiviti-aktiviti kawalan perancangan dan pembangunan (development control) untuk keseluruhan Negeri Sembilan.

OBJEKTIF

Memastikan aktiviti pembangunan selaras dengan garispanduan, peraturan dan undang-undang yang digunapakai.

    • Memberikan khidmat pra-rundingan kepada semua pemohonan yang dirujuk ke PMNS.

    • Memproses permohonan ulasan perancangan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah Daerah dan orang awam. Permohonan yang dikemukakan meliputi permohonan mengubah jenis kegunaan tanah, pelan pra-perhitungan, pelan pecah bahagian, pelan konsep pembangunan, permohonan tanah kerajaan, maklumat perancangan, kebenaran merancang, projek penswastaan dan rayuan perancangan dengan mengambilkira semua aspek pertimbangan perancangan dalam tempoh 14 hari.

    • Menyelia dan mengemaskini maklumat perancangan yang telah mendapat kelulusan dan memantau pelaksanaan pembangunan bagi tujuan pemantauan Rancangan Pemajuan.

    • Menerima, memproses dan merekod permohonan ulasan perancangan mengikut proses kerja dan prosedur MS ISO yang berkaitan.

 FUNGSI UTAMA

    • Menjalankan fungsi utama pengurusan kawalan perancangan bagi memastikan pembangunan di Negeri Sembilan selaras dengan keperluan rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang berkaitan.

    • Perkhidmatan teras yang disampaikan kepada pelanggan.

    • Memproses keseluruhan permohonan bagi Negeri Sembilan.

    • Permohonan Kebenaran Merancang (OSC) termasuk tukar syarat, pecah sempadan/bahagian, syarat nyata, serah balik dan beri milik semula.

    • Pengesahan pelan susunatur di bawah Subseksyen 5(2) Akta 172 (Endorsement).

    • Permohonan tanah kerajaan.

    • Permohonan pengambilan balik tanah.

    • Permohonan rayuan.

    • Memberi ulasan untuk Laporan EIA.

    • Menjadi urus setia Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) dan Perancangan Di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan.

    • Menjadi urus setia penyelarasan permohonan KM yang perlu dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

    • Menjadi urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal JPN – Rundingan Projek-Projek JKR.

    • Memberi khidmat nasihat perancangan dan pra-rundingan.

    • Memberi maklumbalas dan input perancangan bagi mesyuarat lembaga tanah ladang dan mesyuarat pengambilan balik tanah Negeri Sembilan.

Skip to content