Penentuan Dan Penetapan Harga Bagi Penyebaran Data Geospatial Negeri Sembilan (GIS 9) Dalam Bentuk Salinan Digital (Geospatial) Dan Salinan Peta/Pelan Oleh Kerajaan Negeri telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 April 2011.
Penetapan kadar harga data geospatial yang dicadangkan adalah berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3/1992 bertajuk Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM). Garis panduan tersebut turut dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2005 : Garis Panduan Penentuan Harga dan Penyebaran Data Geospatial yang dikeluarkan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI).
Harga data geospatial dan bercetak serta kaedah bayaran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Harga Data Digital (Geospatial)
Bil. |
Saiz data |
Kos (RM) |
Jumlah harga data (RM) |
||
Kos asas¹ |
Kos pemprosesan² |
Kos media (CD) |
|||
1. |
1 Megabyte pertama |
30.00 |
60.00 |
10.00 |
100.00 |
2. |
1 Megabyte seterusnya |
30.00 |
Tiada |
Tiada |
30.00 |
Jadual 2 : Harga Data Geospatial Dalam Salinan Pelan/Peta
Bil. |
Kadar bayaran Yang Dikenakan (RM) |
||
Saiz Pelan |
Cetakan Berwarna |
Cetakan Tidak Berwarna |
|
1. |
A0 |
250.00 |
125.00 |
2. |
A1 |
120.00 |
60.00 |
3. |
A2 |
60.00 |
30.00 |
4. |
A3 |
30.00 |
15.00 |
5. |
A4 |
20.00 |
10.00 |
Jadual 3 : Kaedah Bayaran Mengikut Kategori Pengguna
Bil |
Kategori Pengguna |
Bayaran |
1. |
Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan, Perbadanan dan GLC (G2G) |
Percuma melalui aplikasi MyGDI dan Negeri. |
2. |
Agensi Kerajaan dengan Swasta (G2B) |
Berbayar |
3. |
Agensi Kerajaan dengan orang awam (G2C) |
Berbayar |
4. |
Agensi Kerajaan dengan Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (G2E) |
Percuma melalui aplikasi MyGDI dan Negeri dengan syarat untuk tujuan akademik semata-mata dan diperakukan oleh Universiti berkaitan. |