MDKP terima penghargaan Bandar Mampan kategori daerah
KUALA PILAH- Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf Daerah paling Mampan tahun ini selepas Majlis Daerah Yong Peng, Johor.
Yang Dipetua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, MDKP mendapat tempat kedua manakala Majlis Daerah Gerik, Perak mendapat tempat ke tiga.
Pindaan lalu lintas di pusat perniagaan Kiara, Bahau mula Isnin
JEMPOL - Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 5(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) membuat keputusan untuk meminda perubahan arah lalu lintas di Pusat Perniagaan Kiara, Bahau bermula Isnin ini.
Yang Dipetua MPJL, Raja Norazli Raja Nordin berkata, tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan tersebut setelah menerima pandangan serta cadangan daripada pengguna yang melalui kawasan tersebut.