991312
 
                                                                                                                                                               Datuk Seri Aminuddin Harun
 
SEREMBAN,5 Mac 2021 - Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penganjuran bazar Ramadan di negeri sepanjang bulan puasa tahun ini, namun ia akan beroperasi di kawasan yang lebih sesuai.
 
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia mengambil kira beberapa aspek termasuk keperluan penjarakan fizikal dan tempat meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.
 
"Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kalau MKN kata tidak boleh, kita akur tetapi kalau ikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada apabila pasar malam itu dibenarkan, bazar Ramadan juga tidak ada masalah.
 
"Cuma tempat itu kita akan pastikan tidak sesak, ada tempat letak kereta yang bersesuaian dan penjarakan fizikal harus diambil kira ketika orang ramai membeli juadah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Covid-19) di Wisma Negeri di sini pada Jumaat.
 
Untuk tujuan itu, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini telah diarahkan untuk mengenal pasti kawasan sesuai untuk dijadikan tapak penganjuran bazar Ramadan tahun ini.
 
"Kita juga sudah maklumkan kepada pihak PBT dengan kerjasama pihak keselamatan terutama polis dan Kementerian Kesihatan supaya melihat lokasi bazar Ramadan tahun ini. Kalau kita nak buka, tempat itu bersesuaian atau tidak," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga telah meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk menyediakan SOP sempena bulan Ramadan.
 
"Ia khususnya berhubung solat tarawih, majlis berbuka puasa dan moreh. Ini kerana perkara-perkara ini akan ditanya oleh masyarakat.
 
"Saya telah minta untuk dibuat SOP yang menyeluruh supaya kita dapat menyampaikan kepada masyarakat berhubung persediaan kita menghadapi Ramadan yang semakin hampir," katanya.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pautan Pantas

   malaysiaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan