1

MDKP mendapat tempat kedua kategori daerah Bandar Mampan

KUALA PILAH, 13 Nov - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf Daerah paling Mampan tahun ini selepas Majlis Daerah Yong Peng, Johor.

Yang Dipetua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, MDKP mendapat tempat kedua manakala Majlis Daerah Gerik, Perak mendapat tempat ke tiga.

"Bandar mampan merupakan sebuah bandar yang mampu mengekalkan kelestarian dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal secara bersepadu dan berterusan.

"Pemilihan penerima penghargaan bandar mampan ini dibuat berdasarkan kepada PBT yang telah berjaya melengkapkan 39 penunjuk yang telah ditetapkan iaitu penggunaan data primer Indeks Kebahagian di bawah KT3-P5 dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT di bawah UT1-P1," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


2

Mohd Faizal

Mengulas lanjut, beliau berkata, penghargaan Bandar Mampan yang telah diterima oleh pihak MDKP ini juga diukur melalui Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia #MURNInets 2.0.

"Semoga daerah Kuala Pilah terus kekal menjadi bandar mampan, tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Perancang Bandar MDKP dan seluruh warga kerja MDKP yang terlibat bagi membantu MDKP atas kejayaan ini," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110020/EDISI/Melaka-NS/MDKP-terima-penghargaan-Bandar-Mampan-kategori-daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

BILANGAN TAMAN PERUMAHAN DI NEGERI SEMBILAN

 

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan