Gamuda beli tanah RM424.4 juta di Port Dickson, bakal bina pusat data
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta. Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata pembelian […]
MVV City bakal cetus transformasi ekonomi negara
Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) melakar sejarah baharu pembangunan negara dengan berlangsungnya secara rasmi majlis pecah tanah projek perdananya, MVV City hari ini. Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, MVV City merupakan langkah pertama ke arah membangunkan sebuah bandar yang pintar dan dijangka berupaya mengubah landskap […]
HPBS Negeri Sembilan 2024 ke Arah Kelestarian Zon Persisiran Pantai
PORT DICKSON, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Tema ‘Pantai Negara, Tanggungjawab Bersama’ dipilih bagi mempromosikan Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Persisiran Pantai Bertaraf Antarabangsa. Menteri Besar Negeri Sembilan Datk Seri Utama Aminuddin Harun, berkata Port Dickson juga telah ditetapkan sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara dan Zon Wellness dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2045. “Beberapa kawasan persisiran […]
MDKP juara Anugerah Penarafan Bintang PBT
KUCHING: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) berjaya memperoleh tempat pertama bagi Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan bagi kategori Majlis Daerah. Anugerah tersebut diperoleh di Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2024 dan diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama turut mengucapkan tahniah kepada […]
6,613 penjawat awam N9 terima BKK 2 bulan
Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada 6,613 orang penjawat awam di negeri itu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan. Beliau berkata, bantuan itu akan […]
Kilang NEV pertama Malaysia bakal dibina di Rembau
SEREMBAN: NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB), syarikat usaha sama antara Kumpulan Careplus Bhd (Careplus) dan Kumpulan Go Auto akan melabur sebanyak RM600 juta untuk membangunkan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama seumpamanya di Malaysia. Pembinaan kilang yang akan mengeluarkan pelbagai rangkaian produk NEV termasuk kenderaan elektrik (EV) di Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau, […]
F&N di landasan siapkan ladang tenusu di Gemas awal 2025
KUALA LUMPUR: Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) berada di landasan bagi menyiapkan fasa satu ladang tenusu kumpulan di Gemas, Negeri Sembilan menjelang awal 2025 apabila pemerahan susu pertama dijangka bermula, demikian menurut MIDF Research. “Kami menyukai inisiatif kumpulan dalam ladang tenusu bersepadu ini untuk meningkatkan bekalan kendiri dan menampung pasaran susu segar yang kurang […]
Lawatan Kajian Lapangan Awalan : Kajian Geopark Jelebu 2023
Lawatan Kajian Lapangan Awalan untuk mencerap maklumat geotapak bagi cadangan Geopark Jelebu di Jeram Berungut & Lembah Jemaloi di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu pada 4-6 Mac 2024. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka sedang dalam proses menyediakan Laporan Inventori Geotapak : Kajian Geopark […]