Penentuan Dan Penetapan Harga Bagi Penyebaran Data Geospatial Negeri Sembilan (GIS 9) Dalam Bentuk Salinan Digital (Geospatial) Dan Salinan Peta/Pelan Oleh Kerajaan Negeri telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 April 2011.

Penetapan kadar harga data geospatial yang dicadangkan adalah berdasarkan Pekeliling  Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3/1992 bertajuk Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM). Garis panduan tersebut turut dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2005 : Garis Panduan Penentuan Harga dan Penyebaran Data Geospatial yang dikeluarkan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI).

 

Harga data geospatial dan bercetak serta kaedah bayaran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 1 : Harga Data Digital (Geospatial)

Bil.

Saiz data

Kos (RM)

Jumlah harga data (RM)

Kos asas¹

Kos pemprosesan²

Kos media (CD)

1.

1 Megabyte pertama

30.00

60.00

10.00

100.00

2.

1 Megabyte seterusnya

30.00

Tiada

Tiada

30.00

Jadual 2 : Harga Data Geospatial Dalam Salinan Pelan/Peta

Bil.

Kadar bayaran Yang Dikenakan (RM)

Saiz Pelan

Cetakan Berwarna

Cetakan Tidak Berwarna

1.

A0

250.00

125.00

2.

A1

120.00

60.00

3.

A2

60.00

30.00

4.

A3

30.00

15.00

5.

A4

20.00

10.00

 

Jadual 3 : Kaedah Bayaran Mengikut Kategori Pengguna

Bil

Kategori Pengguna

Bayaran

1.

Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan, Perbadanan dan GLC (G2G)

Percuma melalui aplikasi MyGDI dan Negeri.

2.

Agensi Kerajaan dengan Swasta (G2B)

Berbayar

3.

Agensi Kerajaan dengan orang awam (G2C)

Berbayar

4.

Agensi Kerajaan dengan Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (G2E)

Percuma melalui aplikasi MyGDI dan Negeri dengan syarat untuk tujuan akademik semata-mata dan diperakukan oleh Universiti berkaitan.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan