PENGENALAN

Rancangan Struktur (RS) adalah satu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan pemajuan dan penggunaan tanah sesebuah negeri.     Ini termasuklah memperelokkan perhubungan, menguruskan lalu lintas, mempertingkatkan kesejahteraan sosioekonomi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memudahkan pemajuan mampan disediakan. Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 (RSNS 2045) ini merupakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-2020 yang disediakan berdasarkan kepada:

  1. Keperluan peruntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  2. Terdapat perubahan corak guna tanah dan perancangan fizikal yang perlu diselaraskan dengan dasar dan strategi terkini.
  3. Menyelaraskan dokumen Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 agar selari dengan dasar, pelan induk pembangunan, garis panduan dan piawaian perancangan terkini.
  4. Merancang secara mampan berdasarkan potensi sebenar mengikut daerah agar sesuai dengan perubahan guna tanah dan senario pembangunan semasa.
  5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan melalui peluang pekerjaan, kemudahan dan infrastruktur.
  6. Sebagai panduan perancangan 30 tahun Negeri Sembilan bagi memandu hala tuju pembangunan di peringkat negeri dan daerah.

 

LATAR BELAKANG NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan terletak di selatan Lembah  Klang dan bersempadan dengan Negeri  Selangor, Pahang, Johor dan Melaka.  Keluasan Negeri Sembilan adalah  665,635.85 hektar (6,656.35 km2) yang  meliputi 7 daerah iaitu Daerah Seremban,  Port Dickson, Jempol, Tampin, Kuala Pilah,  Rembau dan Jelebu.

 

 

KELUASAN DAN JUMLAH PENDUDUK DI NEGERI SEMBILAN

DAERAH

KELUASAN (HEKTAR)

PENDUDUK 2010

SEREMBAN

95,360.71

536,147

PORT DICKSON

58,065.21

110,991

JEMPOL

148,458.42

112,740

TAMPIN

85,137.45

82,165

KUALA PILAH

102,667.00

63,874

REMBAU

40,592.79

41,988

JELEBU

135,354.27

38,299

NEGERI SEMBILAN

665,635.85

986,204

ARAH TUJU PEMBANGUNAN NEGERI SEMBILAN

Dalam memacu pembangunan moden Negeri Sembilan menjelang tahun 2045, matlamat pembangunan yang ditetapkan adalah “Negeri Sembilan 2045 sejahtera, inklusif dan mampan”. Matlamat ini bersesuaian untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang mempunyai perancangan guna tanah, kecekapan perkhidmatan sosial, taraf sivik penduduk, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti dan setaraf dengan perletakannya yang bersebelahan dengan Konurbasi Kuala Lumpur.

 

KONSEP PEMBANGUNAN INTERGRASI  NEGERI SEMBILAN

Konsep Pembangunan Integrasi Negeri Sembilan terbahagi kepada 3 konsep iaitu:-

 i. Konsep Pembangunan MVV

MVV yang diinspirasikan oleh Kerajaan Negeri  Sembilan adalah rancangan komprehensif jangka  masa panjang yang melibatkan Daerah Seremban  dan Port Dickson. MVV adalah kesinambungan  kepada Greater KL dan akan menjadi pemangkin  pembangunan di Negeri Sembilan dan merupakan  salah satu Agenda Transformasi Negara yang  menggunapakai pendekatan ‘public-private  partnership’.

ii.Konsep Pembangunan Agropolis

Agropolis adalah satu konsep pembangunan yang  menerapkan elemen perbandaran ke sebuah  petempatan desa dan dibangunkan sebagai bandar  pertanian. Agropolis juga merupakan sebuah  kawasan pengeluaran pertanian yang menggunakan  teknologi bagi meningkatkan hasil tanaman dan  boleh dibangunkan di kawasan yang mempunyai  keluasan terhad. Daerah yang berpotensi dibangunkan sebagai Agropolis ialah Daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.

iii.Konsep Pembangunan Biodiversiti

Kawasan pembangunan biodiversiti melibatkan  Daerah Jelebu memainkan peranan penting sebagai  elemen kestabilan biodiversiti di Negeri Sembilan dan  juga sebagai sumber air utama negeri. Matlamat  pembangunan biodiversiti ini adalah pembangunan  dan pemeliharaan sumber semula jadi secara  mampan. Pembangunan biodiversiti Negeri Sembilan  ini bertujuan memperkukuhkan kedudukan kawasan  HSK melalui pemeliharaan kawasan hutan dan  penanaman semula pokok di kawasan hutan yang  telah diterokai.

 

5 OBJEKTIF UNTUK MENJADIKAN NEGERI SEMBILAN 2045 SEJAHTERA,  INKLUSIF DAN MAMPAN

Terdapat 5 objektif untuk menjadikan Negeri Sembilan 2045 Sejahtera,  Inklusif Dan Mampan iaitu:-

  1. Merancang Pembangunan Guna  Tanah dan Fizikal  Mampan Bagi  Menyokong Pencapaian  Visi Pemodenan Negeri  Sembilan 2045;
  2. Memperkasakan Ekonomi Berasaskan  Sumber Berpotensi  Yang Inovatif, Produktif  Dan Kompetitif;
  3. Memelihara Biodiversiti Mampan Sebagai Aset  Semula Jadi Negeri  Sembilan
  4. Membangunkan modal insan berkualiti dan berdaya saing; dan
  5. Memperkukuhkan sistem pengurusan dan pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.

 

CADANGAN PROJEK BERIMPAK TINGGI

Terdapat 6 projek berimpak tinggi dalam perancangan RSN NS 2045 iaitu:-

  1. Kenaboi World Biodiversiti Centre;
  2. Negeri Sembilan Cultural Centre;
  3. Negeri Sembilan Food Valley;
  4. International Coastal Sport & Tourism;
  5. Rembau Halal Hub; dan
  6. Pembangunan semula Wet World Air Panas, Pedas.

 

 

 

 

 

 

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan