RANCANGAN KAWASAN KHAS

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu kawasan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah:

  1. Pelan Tindakan Pembangunan;
  2. Pelan Susunatur; dan
  3. Pelan Pengurusan yang disokong dengan spesifikasi.

RKK juga menyediakan Cadangan Program Pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan. RKK bertujuan mempercepatkan perancangan yang terperinci bagi sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan dan karektor tertentu yang perlu dipelihara dan dikawal selia seperti kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi, kawasan yang mempunyai daya tarikan dan kecantikan semulajadi, kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya serta kawasan yang memerlukan pembangunan khas bagi kumpulan masyarakat tertentu seperti penempatan orang asli. 

 

KEPERLUAN PERUNDANGAN DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas disediakan adalah selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah subseksyen berikut:-

 

Subseksyen 16 B (1) Akta 172

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri) atau Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) cadangan untuk menyediakan (penetapan) RKK bagi suatu kawasan khas.

RKK perlu mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan.

 

Subseksyen 16B(2) Akta 172

Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) akan menentukan samada Pengarah JPBD Negeri atau PBPT yang berkenaan diberi tanggungjawab menyediakan RKK.

 

Subseksyen 16B(3) Akta 172

RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan disediakan.

RKK hendaklah mengandungi panduan yang terperinci berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya.

 

KEPENTINGAN KAWASAN RKK

Ciri-ciri kepentingan khusus diperlukan bagi melayakkan sesebuah tempat disediakan RKK seperti:

  • Kawasan yang memerlukan tindakan perancangan pembangunan dalam masa singkat;
  • Kawasan petempatan yang selalu mengalami masalah banjir/ bencana alam;
  • Kawasan pusat bandar yang sesak dan memerlukan penyusunan semula;
  • Kawasan-kawasan industri, perdagangan, kediaman dan kawasan setinggan yang perlu dibangunkan semula;
  • Kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi seperti kawasan hutan bakau dan kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan ‘wetland’ yang perlu dikekalkan;
  • Kawasan yang mempunyai daya tarikan dan keindahan semulajadi seperti kawasan tasik, kawasan air terjun, gua, bukit dan kawasan pantai yang bersih yang perlu dikawal pembangunan;
  • Kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya yang berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Ianya perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kepentingan atau hilang nilainya;
  • Kawasan yang dikategorikan sebagai penempatan semula penduduk bagi kumpulan masyarakat tertentu atau penempatan penduduk yang terlibat dengan pembinaan infrastruktur;
  • Pembangunan sesuatu perbandaran baru, suatu penempatan baru atau suatu kawasan kegiatan ekonomi pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri ianya mempunyai kepentingan tertentu yang perlu dikawal selia;
  • Suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan awam yang mempunyai kepentingan Negara; dan
  • Suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit yang terletak dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).

 

 

RANCANGAN KAWASAN KHAS DI NEGERI SEMBILAN.

Di Negeri Sembilan terdapat 5 Rancangan Kawasan Khas:

Bil.

Rancangan Kawasan Khas

Warta

No.

Warta

Tarikh

Warta

1.

RKK Rantau 2008-2015

ü   

634

28 Okt 2010

2.

Lembah Bio, Jelebu 2008-2015

ü   

635

28 Okt 2010

3.

Gadong dan Mantau 2025

ü   

266

23 Mei 2013

4.

Pusat Bandar Seremban 2025

ü   

1

4 Jan 2018

5.

RKK Gemas

Sedang disediakan 

 

 

 RANCANGAN KAWASAN KHAS DI NEGERI SEMBILAN

rkk2

rkk3

rkk4