MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172

  • Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
  • Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
  • Pada amnya ” kebenaran merancang ” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]

 

SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?

Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan :

  • Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan,kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).
  • Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT, di bawah subseksyen 5(2).
  • Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.

 

DEFINISI ’ PEMBANGUNAN ’ ATAU ’ PEMAJUAN ’


Subsyeksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan ‘ pembangunan ‘ atau ‘ pemajuan ‘ meliputi aktiviti-aktiviti berikut :

  • Menjalankan kerja-kerja bangunan yang meliputi meruntuh, mendiri, mendirikan\semula atau meluaskan sesuatu bangunan atau sebahagiannya.
  • Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan seperti membentuk dan meratakan tanah, penjajaran jalan keluar masuk, penjajaran kabel dan saluran bekalan air.
  • Menjalankan kerja-kerja perlombongan dan perindustrian.
  • Membuat sesuatu perubahan matan dalam penggunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya.
  • Memecah sempadan dan mencantum tanah.

 

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG


Subsyeksyen 22( 2 ) Akta 172 telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh PBPT sebelum menimbang atau membuat keputusan ke atas sesuatu permohonan kebenaran merancang. Antaranya adalah termasuk :

  • Peruntukan-peruntukan rancangan pemajuan yang telah diwartakan atau dalam penyediaan.
  • Arahan-arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( jika ada ).
  • Peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993.
  • Laporan Cadangan Pemajuan.
  • Bantahan-bantahan Pemilik Tanah Berjiran yang dibuat di bawah Seksyen 21.
  • Permohonan yang perlu mendapat nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

Ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.