Kronologi Penubuhan Jwatankuasa Teknikal JPN

  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) Bil. 2 pada 30 April 2009

JKR menimbulkan isu kelewatan kelulusan Kebenaran Merancang dari PBT dan mencadangkan:

      > pihak JKR dan orang-orang yang diberi kuasa boleh mengemukakan pemberitahuan pembangunan sahaja kepada PBT dan tidak perlu mengemukakan permohonan KM.

      > Semua pembangunan projek kerajaan boleh dimulakan kerja sebaik sahaja pemberitahuan pembangunan kepada PBT.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 bersetuju :

      > Supaya ditangguhkan keputusan ke atas Memorandum Daripada KPKT berkenaan dengan perkara ini.

      > Supaya Cadangan Penambahbaikan Urusan Perakuan Projek-Projek JKR Melalui Rundingan dan Pengecualian Kebenaran Merancang diteliti dan dibincang dalam satu mesyuarat yang   dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri.

Mesyuarat bagi membincangkan kertas-kertas Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 17 Julai 2009 telah bersetuju:

      > supaya takrifan yang jelas diberikan kepada proses “perundingan” yang tidak menunjukkan sebagai proses mendapatkan kelulusan.

      > supaya JKR hendaklah mematuhi syarat-syarat dan keperluan semua agensi teknikal sebelum mengemukakan cadangan pemajuan kepada Jawatankuasa Teknikal JPN.

      > supaya tempoh masa bagi proses rundingan hendaklah ditentukan bagi menepati keperluan pihak yang terlibat iaitu JKR dan Jawatankuasa Teknikal JPN.

Mesyuarat JKTN Bil 3 pada 21 Mei 2009 bersetuju:

      > Cadangan penambahbaikan rundingan projek-projek JKR oleh KPKT.

      > Cadangan ini dapat mempercepat dan mempermudahkan urusan rundingan dengan JPN di bawah seksyen 20A, Akta 172.

Proses rundingan ini hendaklah menyelaraskan aspek-aspek teknikal utama iaitu:

  • penyelarasan dengan rancangan pemajuan;
  • perancangan dan kesesuaian guna tanah;
  • penyelarasan aksesibiliti;
  • jaringan sistem infrastruktur dan utiliti;
  • jaringan sistem saliran dan perparitan;
  • aras permukaan tapak; dan
  • analisis topografi.      

Peranan dan Tanggungjawab JPBD Negeri

    • Urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal JPN dalam menerima dan menguruskan proses rundingan.

      Memastikan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dari segi maklumat berhubung sesuatu cadangan pemajuan. 

    • Setelah menerima maklumat perancangan yang lengkap daripada pihak JKR, hendaklah mengadakan rundingan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.

    • Pengarah JPBD negeri (bagi negeri yang melantik Pengarah JPBD negeri selaku pengerusi) hendaklah mempengerusikan mesyuarat rundingan. 

    • Memainkan peranan utama bagi memastikan urusan memudahcara proses rundingan ini berjalan lancar.

Peranan dan Tanggungjawab JKR

    • Pihak JKR hendaklah menyedia dan mengemukakan dokumen yang mengandungi maklumat lengkap tentang cadangan pemajuan itu;

    • JKR hendaklah mengadakan perbincangan awal (Pre-Consultation) dengan jabatan atau agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat teknikal yang mempunyai kaitan dengan cadangan pemajuan.

    • JKR hendaklah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang telah diselaraskan semasa proses rundingan bagi memastikan pandangan dan ulasan jabatan-jabatan teknikal diambil kira serta dipatuhi; dan mengemukakan surat aku janji (letter of undertaking) kepada JPN apabila projek hendak dilaksanakan.

Peranan dan Tanggungjawab Jabatan Teknikal

    • Jabatan-jabatan teknikal selaku Ahli Jawatankuasa Teknikal JPN hendaklah memberi ulasan teknikal bertulis dan menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan jabatan masing-masing serta membuat keputusan semasa proses rundingan.