BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN (BPK)

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) merupakan bahagian sokongan di jabatan yang mempunyai tanggungjawab penuh untuk mengurus, menyelaras dan melaksanakan hal ehwal berkaitan dengan urusan pentadbiran am jabatan, perjawatan kakitangan, urusan kewangan, pengurusan fail dan surat-menyurat.

Objektif

Memastikan urusan pentadbiran, perkhidmatan, pengurusan aset, perolehan dan kewangan dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Fungsi utama

  • Menguruskan kewangan dan perolehan jabatan.
  • Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia jabatan.
  • Menguruskan aspek pentadbiran am dan pengurusan aset dan stor.

Unit Perkhidmatan

  1. Pengisian dan penstrukturan semula perjawatan.
  2. Pengurusan tindakan tatatertib.
  3. Pemangkuan dan tanggungan kerja.
  4. Pengesahan jawatan.
  5. Persaraan, pertukaran dan kenaikan pangkat.
  6. Pengurusan data HRMIS.
  7. Pengurusan cuti.
  8. Pengemaskinian buku rekod perkhidmatan.
  9. Penyediaan maklumat pengisytiharan harta.

Unit Pentadbiran

  1. Menguruskan mesyuarat rasmi, taklimat dan perhimpunan jabatan.
  2. Menguruskan kenderaan jabatan.
  3. Memantau aspek kebersihan dan keselamatan pejabat.
  4. Pengurusan fail dan surat menyurat.
  5. Pengurusan stor utama.
  6. Penerimaan surat dalam jabatan atau luar organisasi.
  7. Pendaftaran surat.
  8. Menguruskan surat keluar dan surat masuk.
  9. Membuka dan mendaftar fail baru.
  10. Merekod pergerakan fail.
  11. Menyelenggara fail.
  12. Menutup dan menyimpan fail.

Unit Kewangan

  1. Penyediaan belanjawan tahunan.
  2. Pengurusan bayaran.
  3. Pengawalan perbelanjaan jabatan.
  4. Pengurusan harta modal, peralatan, bekalan dan bahan pejabat.
  5. Pengendalian panjar wang runcit.
  6. Pengurusan perolehan.
  7. Penyediaan gaji dan elaun kakitangan.
  8. Urusan kutipan hasil jabatan.
  9. Menguruskan tuntutan perjalanan.
  10. Penyediaan laporan kewangan jabatan.