Bahagian Perancangan Korporat, Inovasi dan Kualiti

Bahagian ini terdiri daripada 12 orang pegawai dan kakitangan pelbagai lapisan.

Bahagian ini terbahagi keapada 4 unit iaitu Urus setia jawatankuasa Perancang Negeri , Lembaga Rayuan, Korporat dan Inovasi & Kualiti yang diketuai oleh Encik Mohd Nazri Bin Sahat, Peg. Perancang Bandar dan Desa J44.


Fungsi

a) Menjadi urus setia Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN);

b) Menjadi urus setia Lembaga Rayuan Negeri Sembilan;

c) Menyelaras pelaksanaan dasar dan garis panduan perancangan;

d) Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;

e) Menyedia dan menyebar maklumat korporat;

f) Menyediakan laporan maklumbalas mesyuarat-mesyuarat utama; dan

g) Menjadi urus setia program kemampanan bandar melalui pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan (MURNInets).