RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

Rancangan Struktur Negeri Sembilan disediakan berdasarkan kepada peruntukan Bahagian III, Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan setiap negeri untuk mempunyai Rancangan Struktur bagi kawasan-kawasan pentadbiran masing-masing.

Berdasarkan kepada Seksyen 8(3) , Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Rancangan Struktur ialah suatu pernyataan bertulis :

  • Menerangkan dasar dan cadangan-cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam Negeri itu termasuklah langkah untuk :
  • Memperelokkan persekitaran hidup dari segi fizikal
  • Memperelokkan perhubungan dan pengurusan lalu lintas
  • Memperelokkan kesejahteraan sosio ekonomi
  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
  • Memudahkan pemajuan yang mampan
  • Mematuhi perkara-perkara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu.
  • Menyatakan pertalian antara cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di kawasan berjiran yang dijangka menyentuh negeri itu.

FUNGSI RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN

Mentafsir Dasar-Dasar Negara Dan Negeri

Rancangan Struktur Negeri Sembilan menterjemahkan dasar-dasar semasa di peringkat Negara dan negeri dalam bentuk rangka dan asas pemajuan serta penggunaan tanah negeri.

Membentuk Pernyataan Matlamat, Objektif Dan Strategi Perancangan 
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan kerangka dasar dan strategi negeri yang dibentuk di dalam wawasan dan matlamat pembangunan serta objektif dan strategi pembangunan negeri. Rancangan Struktur Negeri Sembilan akan menjadi rangka kerja perancangan serta asas dalam pembentukkan matlamat, objektif dan strategi perancangan negeri sehingga tahun 2020.

Menyediakan Rangka Kerja Untuk Penyediaan Rancangan-Rancangan Tempatan.

Rancangan Struktur Negeri Sembilan akan menyediakan dasar-dasar strategik (dasar umum dan dasar subjek) yang akan menjadi panduan di dalam penyediaan rancangan tempatan [Sek.12(8)].

Menyediakan Asas Bagi Kawalan Pemajuan Dan Keputusan-Keputusan Perancangan.

Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan mengambilkira perancangan dan pembangunan negeri-negeri bersempadan serta mengkaji isu perancangan dan cadangan-cadangan yang dibangkitkan dalam berbagai forum, sesi perbincangan yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dan orang awam dalam pembentukan dasar. Ini adalah untuk Rancangan Struktur Negeri Sembilan menyediakan satu asas yang baik untuk tujuan kawasan pemajuan dan keputusan perancangan.

Mengemukakan Isu-Isu Utama Perancangan Kepada Masyarakat.

Melalui peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) tentang kewajipan Pengarah Negeri memeriksa kawasan perancangan, ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial serta isu-isu perancangan semasa akan dapat dikenalpasti. Melalui proses publisiti, penemuan isu utama perancangan akan dapat dihebahkan kepada masyarakat.

PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN STRUKTUR

Proses penyediaan Rancangan Struktur Negeri Sembilan adalah berasaskan peruntukan-peruntukan di dalam Bahagian III Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1972 (Akta 172). Keseluruhan penyediaan dibahagi kepada tiga peringkat iaitu :

Peringkat Pertama : Pembentukan Matlamat dan Objektif

Peringkat ini adalah peringkat pembentukan matlamat dan objektif serta mengenalpasti pendekatan yang digunapakai di dalam pengendalian kajian.

Peringkat Kedua : Pengumpulan Data dan Maklumat serta Analisis

Peringkat kedua merupakan peringkat yang melibatkan pengumpulan data dan maklumat semasa bagi kawasan perancangan. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisis bagi mengenalpasti keadaan semasa ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial negeri, seterusnya isu-isu perancangan semasa dikenalpasti.Dalam peringkat ini juga strategi pembangunan sektordan strategi pembangunan terpilih disediakan. Hasilnya akan dilaporkan di dalam Laporan Pemeriksaan. Laporan Pemeriksaan ini akan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) sebelum disebarkan kepada pihak awam.

Peringkat Ketiga : Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Sembilan.

Rancangan Struktur Negeri Sembilan disediakan dengan mengambilkira pandangan dan cadangan awam yang dikemukakan semasa tempoh publisiti Laporan Pemeriksaan. Rancangan Struktur Negeri Sembilan diluluskan oleh JPN sebelum dipublisiti untuk bantahan awam. Laporan dikemukakan kepada JPN untuk membuat keputusan, samada menerima laporan Rancangan Struktur Negeri Sembilan keseluruhan, menerima dengan pindaan atau menolak laporan tersebut. Laporan yang telah diluluskan oleh JPN akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk persetujuan dan seterusnya untuk diwartakan mengikut peruntukan Sub Seksyen 10(6) dan (7) Akta 172.

KAWASAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN

Dalam konteks Negara, Negeri Sembilan terletak di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia dan disempadani oleh Negeri Selangor, Pahang, Johor dan Melaka. Di dalam konteks wilayah pula Negeri Sembilan terletak di dalam wilayah Tengah bersama Negeri Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan mempunyai kawasan seluas 665,374.77 hektar dan dibahagikan kepada tujuh daerah Daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Seremban, Tampin, Port Dickson dan Rembau. Bandar Seremban adalah pusat pentadbiran Daerah Seremban dan juga merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Sembilan.

 


Bil

Daerah

Keluasan Daerah
(Hektar)

Keluasan Daerah Dari Jumlah Keluasan Negeri (%)

Pusat Pentadbiran

1

Seremban

95,189.36

14.3

Seremban

2

Port Dickson

57,341.20

8.6

Port Dickson

3

Jempol

148,277.30

22.3

Bandar Seri Jempol

4

Kuala Pilah

103,020.76

15.5

Kuala Pilah

5

Tampin

85,349.66

12.8

Tampin

6

Jelebu

135,919.56

20.4

Kuala Klawang

7

Rembau

40,276.93

6.1

Rembau

Jumlah

665,374.77

100.0

 

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2001-2020 

Rancangan Struktur Negeri 2001-2020 telah diwartakan pada 16 Ogos 2007 , No Warta 668. Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan 2001-2020 merupakan satu dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruh Negeri Sembilan. Berdasarkan kepada Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan 2001-2020, Strategi pembangunan di negeri ini sehingga tahun 2020 akan tertumpu kepada 6 sektoral pembangunan iaitu:

  • Sektoral Pembuatan
  • Sektoral Pertanian
  • Sektoral Pelancongan
  • Sektoral Sumber Manusia
  • Sektoral Pembangunan Usahawan
  • Sektoral Pembangunan Seimbang

 

Rancangan Struktur Negeri Sembilan telah digubal dan dibahagikan kepada 8 sektor iaitu;

  • Guna Tanah, Petempatan Bandar, Alam Sekitar Dan Pembangunan Persisiran Pantai;
  • Perindustrian;
  • Perdagangan Dan Perkhidmatan;
  • Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan;
  • Pelancongan;
  • Perumahan;
  • Kemudahan Masyarakat, Kemudahan Sukan Dan Rekreasi, Pengangkutan Dan Perhubungan Serta Kemudahan Infrastruktur Dan Utiliti;
  • Tanah Adat.

Secara umumnya, terdapat sebanyak 23 Dasar Umum (DU) dan 88 Dasar Subjek (DS) dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-2020. Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-2020 juga berperanan dalam menyediakan rangka pembangunan Rancangan Tempatan (RT) bagi setiap kawasan Negeri Sembilan secara bersepadu dan komprehensif. Selain itu ianya juga berperanan sebagai penentu corak guna tanah dan projek utama Negeri Sembilan.

WAWASAN, OBJEKTIF DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI SEMBILAN

"Untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang maju dan seimbang menjelang tahun 2020 dengan tahap ekonomi yang kukuh, mampan dan berdaya saing serta mempunyai masyarakat yang harmoni, bernilai, murni, bermaklumat dan cemerlang."

Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri maju yang mampu berdaya saing, objektif pembangunan Negeri Sembilan telah digariskan seperti berikut:

  • Mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
  • Meransang pertumbuhan ekonomi yang seimbang bagi seluruh Negeri Sembilan.
  • Menyediakan iklim pelaburan yang lebih menarik dalam bentuk penyediaan infrastruktur dan tenaga kerja terlatih yang produktif.
  • Meningkatkan pembangunan sektor pertanian yang berdaya saing dan berskala besar.
  • Menjana industri pelancongan lebih berdaya maju dan berkualiti bagi menarik lebih ramai pelancong melawat Negeri Sembilan.
  • Membawa kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat bagi mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum. Kerajaan Negeri akan mempertengahkan Dasar Jarinagan Sosial.

 

KAJIAN SEMULA RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 

Rancangan Struktur Negeri Sembilan adalah dalam proses kajian semula

 

INFODAERAH

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan