RANCANGAN KAWASAN KHAS

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu kawasan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susunatur atau Pelan Pengurusan yang disokong dengan spesifikasi. RKK juga menyediakan Cadangan Program Pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.

RKK ini bertujuan mempercepatan perancangan yang terperinci bagi sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan dan karektor tertentu yang perlu dipelihara dan dikawal selia seperti kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi, kawasan yang mempunyai daya tarikan dan kecantikan semulajadi, kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya serta kawasan yang memerlukan pembangunan khas bagi kumpulan masyarakat tertentu seperti penempatan orang asli.

Sesuatu RKK akan mempunyai perincian kepada ciri-ciri setempat tertakluk kepada fungsi kawasan, aktiviti ekonomi, strategi pembangunan serta pendekatan yang jelas serta kukuh. Ia mampu untuk menggabung dan menyelarasan rancangan pembangunan sediaada.
Pengenalpastian dan penyediaan kawasan rancangan khas dapat dijalankan semasa proses penyediaan rancangan struktur dan juga rancangan tempatan lagi.

 

KEPERLUAN PENYEDIAAN KAJIAN RKK

Bersandarkan kepada senario dan tekanan pembangunan semasa serta strategi-strategi yang digariskan dalam Rancangan Tempatan dan berlandaskan kepada faktor berikut:

  • Untuk melengkapkan sistem Perancangan Fizikal Negara yang terdiri dari tiga peringkat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) supaya lebih sistematik dan berkesan;
  • Untuk memterjemahkan dasar-dasar rancangan pembangunan yang disediakan diperingkat negeri serta menyelaraskan perancangan-perancangan yang telah dibuat di dalam RSN Negeri Sembilan dan Rancangan Tempatan Daerah.
  • Untuk mengenal pasti corak dan mengeksploitasi sumber-sumber alam bina dan semua jadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar, nilai sejarah dan keindahan yang perlu dan penting untuk dikekalkan.
  • Menentukan dan mengenalpasti penyediaan kemudahan sosial, utiliti dan insfrastruktur yang diperlukan supaya seimbang dengan pembangunan yang yang sedang dan akan berjalan;
  • Menentukan dan membentuk struktur organisasi yang mantap dan berkesan bagi mengawal selia cadangan-cadangan dan garis panduan yang dikenal pasti dan ditetapkan dalam RKK.

 

KEPENTINGAN KAWASAN RKK.

Ciri-ciri kepentingan khusus diperlukan bagi melayakkan sesebuah tempat disediakan RKK seperti:

  • Kawasan yang memerlukan tindakan perancangan pembangunan dalam masa singkat. 
  • Kawasan petempatan yang selalu mengalami masalah banjir/ bencana alam.
  • Kawasan pusat bandar yang sesak dan memerlukan penyusunan semula.
  • Kawasan-kawasan industri, perdagangan, kediaman dan kawasan setinggan yang perlu dibangunkan semula.
  • Kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi seperti kawasan hutan bakau dan kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan ‘wetland’ yang perlu dikekalkan.
  • Kawasan yang mempunyai daya tarikan dan keindahan semulajadi seperti kawasan tasik, kawasan air terjun, gua, bukit dan kawasan pantai yang bersih yang perlu dikawal pembangunan.
  • Kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya yang berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan. Ianya perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kepentingan atau hilang nilainya.
  • Kawasan yang dikategorikan sebagai penempatan semula penduduk bagi kumpulan masyarakat tertentu atau penempatan penduduk yang terlibat dengan pembinaan infrastruktur.
  • Pembangunan sesuatu perbandaran baru, suatu penempatan baru atau suatu kawasan kegiatan ekonomi pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri ianya mempunyai kepentingan tertentu yang perlu dikawal selia.
  • Suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan awam yang mempunyai kepentingan negara.
  • Suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit yang terletak dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).

 

KEPERLUAN PERUNDANGAN DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS.

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas disediakan adalah selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah subseksyen berikut:-

 

Subseksyen 16 B (1) Akta 172.

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri) atau Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) cadangan untuk menyediakan (penetapan) RKK bagi suatu kawasan khas.

RKK perlu mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan.

 

Subseksyen 16B(2) Akta 172

Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) akan menentukan samada Pengarah JPBD Negeri atau PBPT yang berkenaan diberi tanggungjawab menyediakan RKK.

 

Subseksyen 16B(3) Akta 172

RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan disediakan.

RKK hendaklah mengandungi panduan yang terperinci berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya.

 

PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

 

Publisiti Awal

Publisiti awal adalah satu proses pemberitahuan kepada orang awam berkaitan RKK yang akan disediakan di kawasan berkenaan. Mengikut keperluan Akta 172 (seksyen 12A pindaan akta A1129) PBPT perlu memastikan Publisiti dibuat sebelum satu- satu RKK disediakan.

Publisiti awal disediakan bertujuan untuk membuat perundingan bagi dimasukkan dalam RKK yang akan disediakan.

Hasil daripada proses itu adalah satu Laporan Seranta Awal yang mengandungi maklum balas serta pandangan awal daripada orang ramai mengenai Visi, Objektif dan Strategi serta perkara-perkara yang terkandung dalam RKK. Ianya akan dijadikan asas panduan bagi penyediaan Laporan Asas Rujukan, Laporan Rekabentuk Asas dan Laporan Perancangan Kualiti iaitu sebelum laporan RKK di mulakan.

 

“Focus Group Discussion” (FGD)

“Focus Group Discussion” (FGD) diadakan untuk mendapatkan pandangan awam berkenaan arah tuju/ matlamat kajian serta strategi pembangunan untuk FGD adalah kaedah penyelidikan oleh sekumpulan kecil golongan atau individu tertentu yang duduk bersama untuk membincangkan topik/isu/masalah tertentu berkenaan perancangan yang akan dijalankan di kawasan yang terlibat dengan kawasan rancangan kawasan khas.

 

Kepentingan Pelaksanaan Program FGD

Selain daripada mematuhi keperluan perundangan sebagai teras kepada penyediaan RKK, program FGD yang akan dilaksanakan juga mempunyai pelbagai kepentingan dalam konteks penyediaan Pelan Pemajuan yang merangkumi aspek-aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar ke arah merangka satu perancangan yang menyokong dan memupuk konsep pembangunan mampan.

Menetapkan halatuju pembangunan termasuk visi, misi, matlamat dan objektif RKK berdasarkan kepada aspirasi masyarakat tempatan serta selaras dengan dasar dan polisi kerajaan yang ditetapkan.

Menentukan skop-skop kajian berdasarkan kepada halatuju pembangunan agar lebih tertumpu.

FGD adalah perbincangan berbentuk maklumat kualitatif yang berbentuk pernyataan masalah, pandangan, pendapat, cadangan, dan ulasan peserta yang terlibat. Dalam hal ini dua perkara yang perlu dibincangkan ialah:

Bagaimana cara strategi, langkah untuk mencapai matlamat dan objektif Kajian RKK.

Apakah isu- isu dan masalah utama dikawasan kajian yang perlu dikaji dan diselesaikan bagi mencapai matlamat yang dibentuk.

 

Kumpulan Sasaran

Antara kumpulan sasaran yang terlibat dengan bengkel “focus group discussion” adalah terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Ahli Politik, Penghulu, Pemaju Perumahan/hartanah, Pengusaha Kawasan Pelancongan/ Hotel/Resort/Chalet dan Pertubuhan NGO.

 

 

RANCANGAN KAWASAN KHAS DI NEGERI SEMBILAN.

Di Negeri Sembilan terdapat 3 Rancangan Kawasan Khas:

Bil

Nama Rancangan Kawasan Khas

Tarikh Warta

No Warta

1

Rancangan Kawasan Khas Rantau 2008-2015

28 Oktober  2010

634

2

Rancangan Kawasan Khas Lembah Bio,Jelebu 2008-2015

28 Oktober 2010

635

3

Rancanga Kawasan Khas Gadong Dan Mantau 2025

23 Mei 2013

266

 

 rkk1

 

 

 

 RANCANGAN KAWASAN KHAS DI NEGERI SEMBILAN

rkk2

rkk3

rkk4

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan