PENGENALAN

Lembaga Rayuan merupakan sebuah badan berkecuali yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Sebelum penubuhan Lembaga Rayuan, orang awam yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) tidak mempunyai saluran lain untuk merayu kecuali merayu semula kepada PBPT tersebut atau merujuk kepada mahkamah, yang

melibatkan proses yang rumit dan panjang.

Kini lembaga rayuan menjadi saluran atau mekanisme yang bertujuan memudahkan pihak awam dan pihak-pihak yang terkilan untuk mengemukakan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan PBPT.

Lembaga Rayuan merupakan “mahkamah perancangan” yang diwujudkan di bawah seksyen 36 Akta 172 dan berfungsi untuk mendengar kes-kes berkaitan perancangan bandar dan desa.  

 

FUNGSI LEMBAGA RAYUAN

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya, menimbang kes-kes rayuan tersebut.

Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.

Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.

 

ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???

Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan, Lembaga Rayuan Negeri Sembilan mengalu-alukan rayuan anda. Setiap rayuan boleh dikemukakan

ke alamat:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Sembilan

PLANMalaysia@Negeri Sembilan

(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan)

Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri,

70646, Seremban,Negeri Sembilan

Tel : 06 - 765 9068

Faks: 06 - 76 45622

Email:lrns [at] ns [dot] gov [dot] my

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang A yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan. Hanya rayuan yang memenuhi kriteria dan sahaja akan diproses untuk dipertimbangkan.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan