PENDAHULUAN

Sistem baru ini dilancarkan dengan menetapkan 4 inisiatif penambahbaikan dan salah satunya adalah menubuhkan Pusat Setempat (One Stop Centre atau OSC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertujuan untuk memendekkan norma masa memproses permohonan cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Lanjutan daripada itu, OSC telah ditubuhkan di setiap PBT dan jawantankuasanya telah menggantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan (JKPP) yang sebelum ini berperanan memproses cadangan-cadangan pemajuan.

 

FUNGSI OSC DI PBT

  • Menerima dan menyemak cadangan permohonan.
  • Mengedar cadangan pemajuan kepada agensi teknikal untuk proses dan ulasan.
  • Memantau permohonan yang telah diedarkan kepada agensi teknikal.
  • Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang diterima.
  • Menyediakan kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat 2 kali sebulan.
  • Menyediakan pelaporan berkala. 

SEJARAH PENUBUHAN OSC DI NEGERI SEMBILAN

OSC di peringkat Negeri Sembilan mula dilaksanakan secara serentak di semua PBT pada 13 Jun 2007 dengan penempatan pegawai-pegawai sedia ada yang dipinjamkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) ke Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk berkhidmat di OSC di semua PBT.

PERANAN URUSETIA OSC

  • Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon;
  • Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
  • Membuat edaran dan memantau permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/ agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
  • Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
  • Menyediakan kertas perakuan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dan membuat pemakluman keputusan mesyuarat;
  • Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua (2) kali sebulan
  • Mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan