KLINIK KM MODEL OSC 3.0


PENGENALAN


Pihak Kerajaan dibawah inisiatif bagi menambahbaik mutu perkhidmatan khususnya bagi urusan kelulusan pelan pembangunan yang telah mula dilancarkan pada 13hb April 2007 melalui pelaksanaan Sistem Pusat Setempat (OSC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan sekali lagi mengorak langkah bagi memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan sentiasa ditambahbaik. Pada Jun 2014, Sistem Pusat Setempat (OSC) telah ditambahbaik dengan memperkenalkan Model OSC 3.0 bagi memastikan urusan mendapatkan kelulusan pelan pembangunan dan permit pembinaan di Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi serta Jabatan Kerajaan dapat dipertingkatkan serta mempermudahkan para pemaju selain memastikan konsep ‘One Door Policy’ diperkayakan.


Bagi menyahut dan menyokong kepada perlaksanaan Model OSC 3.0, pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan selaku Agensi dan Jabatan yang bertanggungjawab bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan dalam mengawal selia aspek berkaitan perancangan dan pembangunan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan satu mekanisma dan platform bagi memudahkan para pemohon untuk mendapatkan input-input dan ulasan awal (pra-rundingan) berkaitan aspek perancangan khususnya yang melibatkan maklumat dari Pejabat Tanah Daerah (PTD)/Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Indah Water Konsortium (IWK).


Patform yang dikenali sebagai ‘Klinik KM’ merupakan saluran yang disediakan bagi memudahkan dan membantu para pemohon untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan ulasan awal (pra-rundingan) daripada Agensi dan Jabatan yang berkenaan secara lebih komprehensif hanya melalui satu Jabatan sahaja iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri yang akan bertindak sebagai penyelaras. Para pemohon boleh hadir dan mengemukakan permohonan mendapatkan ulasan awal atau pra-rundingan melalui ‘Klinik KM’ di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan dan segala permohonan tersebut akan diproses dalam tempoh 14 hari sehingga pemakluman disampaikan kepada pemohon. ‘Klinik KM’ akan banyak membantu dan mempermudahkan urusan pra-rundingan yang telah ditetapkan sebagai satu proses yang wajib di dalam Model OSC 3.0 selain memastikan setiap ulasan yang dikeluarkan oleh para Agensi dan Jabatan Teknikal yang terlibat sentiasa releven untuk digunakan dalam membantu Pihak Berkuasa Tempatan membuat keputusan terhadap permohonan

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan