FUNGSI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

  1. Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;
  2. Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan
  3. Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaran dan penyiaran perangkaan buletin dan monograf dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.
  4. Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
  5. Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai danbagi menjalankan fungsinya.
  6. Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
  7. Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan