Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi PLANMalaysia@Negeri Sembilan. 

PLANMalaysia@Negeri Sembilan adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal berkaitan dengan perancangan penggunaan dan pembangunan tanah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam konteks ini Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas dijadikan panduan di dalam menentukan kegunaan dan pembangunan tanah demi untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia, terutama di kawasan bandar.

Tanggungjawab tersebut diperjelaskan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melalui Bahagian Perancangan Korporat dan Keurusetiaan Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN), Bahagian Perancangan Pembangunan dan Projek Khas, Bahagian Kawalan Pembangunan serta lain-lain unit khas seperti Unit GIS9 dan Urusetia Lembaga Rayuan.

Dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan, PLANMalaysia@Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat laman ini dan juga ke arah perancangan penggunaan dan pembangunan tanah yang lebih baik dan efisien khususnya di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Selamat melayari Laman Web Rasmi kami.

Sekian, terima kasih.

 

TPr. Hasnan Bin Iberahim

Pengarah
PLANMalaysia@Negeri Sembilan

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan