BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN, PROJEK KHAS DAN BANK DATA (BRPB)

 

Pengenalan

Bahagian Rancangan Pembangunan, Projek Khas dan Bank Data (BRPB) merupakan salah satu bahagian yang ditubuhkan di dalam Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBD NS). BRPB bertanggungjawab mengendalikan penyediaan Rancangan Pemajuan di Negeri Sembilan, yang merangkumi penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK). BRPB juga berperanan untuk menyelaras dan menyediakan kajian Projek Khas iaitu pelan konsep, pelan susunatur, pelan lanskap dan pelan pelancongan. Selain itu, BRPB juga berfungsi dalam membekalkan maklumat perancangan melalui pangkalan data GIS9, e-kampung, Sistem Pemantauan Rancangan Tempatan Daerah (SPRTD) dan lain-lain maklumat gunatanah.

Objektif

  • Menyelaras, menyedia dan memantau pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri (RSN).
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK).
  • Menyelaras dan menyediakan Pelan Projek Khas.
  • Membekalkan maklumat perancangan kategori tidak terperingkat dalam tempoh 5 hari dan data perlu diolah dalam tempoh 14 hari.

Organisasi BRPB

Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J48 (Ketua Penolong Pengarah) dan mempunyai dua (2) orang Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 (Penolong Pengarah). Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu:-

  • Unit Rancangan Pembangunan;
  • Unit Projek Khas; dan
  • Unit Bank Data.

Setiap unit diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41 (Penolong Pengarah) dan dibantu oleh pegawai sokongan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29 dan Pelukis Pelan Gred J17.

 

Perjawatan Bahagian Rancangan Pembangunan, Projek Khas Dan Bank Data:-

Bil

Nama

Jawatan/Gred

1

Encik Nor Mazlan Bin Mohd Yunus

Ketua Penolong Pengarah (J48)

2

Puan Siti Noraidah Binti Idris

Penolong Pengarah 3 (J41)

3

Puan Nor Shaadah Binti Sariffudin

Penolong Pengarah 4 (J41)

4

Puan Shamsuriah Binti Mansor

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA38)

5

Puan Mashita Binti Zainal Abidin 

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA36)

6

Puan Lyeza Binti Ismail

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

7

Encik Shawal Rulrizal Bin Mohamad

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

8

Encik Muhammad Anis Bin Abd Latif

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

9

Encik Tajuddin Bin Abdullah

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

10

Puan Hidayati Binti Abu Shaharen

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

11

Cik Siti Naszra Nur Bt Mohd Fadhil

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

12

Puan Normala Bt Abdul Aziz

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

13

Puan Norazrina BT Pauzee

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

14

Puan Masriah Bt Karim

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29) 

15

Encik Muhammad Akmal Bin Shahrom

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

16

Encik Mohd Rafiuddin Bin Muslim

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

17

Puan Suyanti Bt Jasroni

Pen. Pegawai Perancang Bandar (JA29)

18

Puan Nor Afidah Bt Yaakob

Pelukis Pelan (JA22)(KUP)

 

UNIT RANCANGAN PEMBANGUNAN 

Latar Belakang

Unit Rancangan Pembangunan berfungsi dalam mengendalikan penyediaan Rancangan Pemajuan di Negeri Sembilan yang merangkumi penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).

Objektif

  • Menyelaras, menyedia dan memantau pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri (RSN);
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Tempatan (RT);
  • Menyelaras dan menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK);
  • Mewartakan Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dalam tempoh 6 bulan selepas kelulusan Pihak Berkuasa Negeri;
  • Memastikan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dikaji semula dalam tempoh 5 tahun selepas pewartaan.

 

UNIT PROJEK KHAS

Latar belakang

Unit Projek Khas berperanan untuk memberi perkhidmatan projek khas kepada agensi – agensi kerajaan yang melibatkan penyediaan pelan susunatur bagi projek Lanskap / Pengindahan, Rekreasi / Pelancongan, dan Projek Pembangunan dengan mengambil kira keseimbangan antara fizikal, sosial dan ekonomi.

Objektif

  • Meyediakan konsep perancangan dan pelan tatatur pembangunan untuk projek-projek Kerajaan seperti pelan-pelan landskap, pelan pembangunan, ulasan-ulasan perancangan dan kajian-kajian tapak;
  • Menyediakan pelan konsep dan pelan tatatur kawasan perancangan baru serta memberi ulasan-ulasan baerkaitan tapak berserta laporan analisis tanah;
  • Menyediakan laporan dan ulasan berkaitan tapak yang telah dikenalpasti untuk perancangan kampung tersusun dan seterusnya meyediakan draf pelan tatatur.

 

UNIT BANK DATA

Latar belakang

GIS NS adalah nama singkatan bagi Pembangunan Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data geospatial yang boleh mempersembahkan maklumat dalam bentuk lokasi dan ‘atribut table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan.

GIS NS merupakan maklumat geospatial Negeri dan JPBDNS merupakan Jabatan yang membantu dari segi pengumpulan dan perluasan maklumat geospatial mengikut fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan teknikal lain di Negeri Sembilan. Pembangunan GIS9 dibangunkan mengikut fasa dan dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan GIS9 berjaya dimasa hadapan khususnya dari aspek persediaan perkakasan, perisian dan sumber manusia.

Objektif

  • Menguruskan pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan subsistem dan aplikasi di bawah pembangunan Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9);
  • Menguruskan pengumpulan dan pengemaskinian pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9);
  • Membekalkan maklumat perancangan (Kategori tidak terperingkat) – dalam tempoh 5 hari;
  • Mengurusetiakan Pasukan Kerja Pengurusan dan Pemantauan Data (PPD) Maklumat Guna Tanah Negara Peringkat Negeri Sembilan;
  • Membangunkan, mengurus dan memantau laman sesawang (web) rasmi jabatan dan laman sesawang GIS9 Online;
  • Memberi khidmat sokongan dalam pembangunan dan pengurusan ICT Jabatan termasuk pembangunan perkakasan dan sumber manusia ICT, pengurusan emel rasmi, pemantauan keselamatan ICT dan pengurusan bank data Jabatan.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan