BAHAGIAN KAWALAN & PEMANTAUAN PERANCANGAN 

 

PENGENALAN

Bahagian ini merupakan salah satu bahagian di PLANMalaysia@Negeri Sembilan (PMNS) yang mengendalikan aktiviti-aktiviti kawalan perancangan dan pembangunan (development control) untuk keseluruhan Negeri Sembilan.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan aktiviti pembangunan selaras dengan garispanduan, peraturan dan undang-undang yang digunapakai.
  2. Memberikan khidmat pra-rundingan kepada semua pemohonan yang dirujuk ke PMNS.
  3. Memproses permohonan ulasan perancangan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah Daerah dan orang awam. Permohonan yang dikemukakan meliputi permohonan mengubah jenis kegunaan   tanah, pelan pra-perhitungan, pelan pecah bahagian, pelan konsep pembangunan, permohonan tanah kerajaan, maklumat perancangan, kebenaran merancang, projek penswastaan dan rayuan perancangan dengan mengambilkira semua aspek pertimbangan perancangan dalam tempoh 14 hari.
  4. Menyelia dan mengemaskini maklumat perancangan yang telah mendapat kelulusan dan memantau pelaksanaan pembangunan bagi tujuan pemantauan Rancangan Pemajuan.
  5. Menerima, memproses dan merekod permohonan ulasan perancangan mengikut proses kerja dan prosedur MS ISO yang berkaitan.

 

FUNGSI UTAMA

  1. Menjalankan fungsi utama pengurusan kawalan perancangan bagi memastikan pembangunan di Negeri Sembilan selaras dengan keperluan rancangan pemajuan dan garis panduan perancangan yang berkaitan.
  2. Perkhidmatan teras yang disampaikan kepada pelanggan iaitu:
  3. Memproses keseluruhan permohonan bagi Negeri Sembilan:
  4. Permohonan Kebenaran Merancang (OSC) termasuk tukar syarat, pecah sempadan/bahagian, syarat nyata, serah balik dan beri milik semula.
  5. Pengesahan pelan susunatur di bawah Subseksyen 5(2) Akta 172 (Endorsement).
  6. Permohonan tanah kerajaan.
  7. Permohonan pengambilan balik tanah.
  8. Permohonan rayuan.
  9. Memberi ulasan untuk Laporan EIA.
  10. Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) dan Perancangan Di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan.
  11. Menjadi urus setia penyelarasan permohonan KM yang perlu dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN
  12. Menjadi urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal JPN – Rundingan Projek-Projek JKR.
  13. Memberi khidmad nasihat perancangan dan pra-rundingan.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU1MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      mas    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan