Soalan Lazim

FAQs - All FAQs

Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar Bandar dengan mengambilkira aspek alam sekitar dan kehendak masyarakat.

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PLANMALAYSIA@NEGERI SEMBILAN

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan peruntukan undang-undang yang menyeluruh dan lengkap bagi tujuan perancangan bandar dan desa. Akta ini menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab dalam bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar.

Kawasan yang dibangunkan seperti bandar dan desa akan tumbuh dengan tidak terkawal menyebabkan penggunaan tanah yang tidak optimum dan menjurus kepada kepincangan serta konflik fungsi gunatanah. Ini mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang dan sebagai akibat wujudlah pelbagai masalah seperti masalah sosial dan alam sekitar.

Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan, menggalakkan pembangunan pihak berkuasa negeri (PBN).

Antara pihak yang terlibat dalam proses penyediaan rancangan pembangunan adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) dibantu oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal lain. Di samping itu, pihak pemaju dan orang awam turut terlibat serta.

Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur (RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum. Justeru pembangunan yang mampan dapat dicapai.

RFN adalah rancangan reruang ”spatial” negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan fizikal negara.

Merupakan satu penyertaan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

Quick Links

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Agency Links

   malaysia Federal

   nslogo smallState

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Application Links

    GI9v2 large e1453807658505       GIS9 Application

    planmalaysiaPLANMalaysia Application

    malaysia       Application for Staff