1

               Dr Alias (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu kenamaan selepas menanam pokok rhu pada

Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok di muara Kuala Setiu di hujung Kampung Mangkuk, Setiu pada Isnin.

 

SETIU – Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di muara Kuala Setiu di hujung Kampung Mangkuk di sini pada Isnin berjaya mengutip sebanyak 234 kilogram sampah.

Ketua Pengarah PLANMalaysia, Dr Alias Rameli berkata, sampah seperti barang plastik, kaca, botol, besi, pembungkus makanan dan penyedut minuman tersebut dikumpulkan oleh 500 peserta dalam tempoh lebih dua jam bermula jam 9.30 pagi.

“Program ini bertujuan memupuk kesedaran di kalangan komuniti dalam usaha memelihara dan menjaga kebersihan pantai bagi mewujudkan persekitaran bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi serta mengurangkan pencemaran ekosistem marin.

“Ia juga sebahagian gerakan membudayakan kebersihan pantai secara bersama antara pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi dan penduduk setempat dalam memelihara zon pesisiran pantai,” katanya di sini pada Isnin.

2

 

Dr Alias (tengah) bersama tetamu kenamaan lain turut sama membantu mengutip sampah sempena Program Pembersihan Pantai

dan Penanaman Pokok di muara Kuala Setiu di hujung Kampung Mangkuk Setiu pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat dan Pengarah PLANMalaysia Terengganu, Dr Abu Bakar Mat.

Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok diadakan sempena Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) yang akan dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Selasa.

Ia turut sama dibuat sempena Pelancaran Zon Bersih Majlis Daerah Setiu dan World Oceans Week Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam memberi kesedaran global ke peringkat lokal serta komuniti setempat berkaitan kepentingan menjaga kebersihan sumber laut.

Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok disertai oleh Majlis Daerah Setiu, PLANMalaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, pelajar UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti College Bestari (UCB), WWF dan komuniti setempat.

 

Pada majlis itu, sebanyak 100 pokok rhu turut ditanam oleh peserta di kawasan tersebut sebagai usaha menyediakan masa depan yang lebih baik kepada generasi akan datang melalui cara mengekalkan ekosistem dan khazanah alam.

Menurut Dr Alias, dalam tempoh jangka panjang nanti, pokok-pokok yang ditanam itu diharap dapat mengekalkan daya tahan pantai terhadap pengurusan risiko seperti masalah hakisan.

“Program ini juga diharap dapat membantu meningkatkan kemahuan komuniti menjaga kebersihan dan kelestarian pantai selaras dengan tema pelancaran RPP-2 iaitu Komuniti dan Pantai: Kita Pelihara Nikmati Bersama,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Siti Umairrah Abdul Nasir, 20, pelajar Diploma Seni Kulinari dan Pelancongan UCB menyifatkan aktiviti pembersihan pantai sebagai usaha penting untuk kekalkan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan dikunjungi ramai.

“Jika pantai kita sentiasa bersih dan cantik, pelancong akan sentiasa tertarik untuk datang ke sini. Jadi saya harap masyarakat peka dengan keadaan ini, bila datang berkelah ke pantai, pastikan sampah tidak dibuang merata,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/206870/EDISI/Program-bersih-pantai-PLANMalaysia-tingkat-kelestarian-pantai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 

 

Quick Links

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Agency Links

   malaysia Federal

   nslogo smallState

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Application Links

    GI9v2 large e1453807658505       GIS9 Application

    planmalaysiaPLANMalaysia Application

    malaysia       Application for Staff