merdeka

SEREMBAN, 1 September 2020 (- Negeri Sembilan menyambut Hari Kebangsaan dengan suasana berbeza kali ini apabila ia dilakukan secara tertutup di pekarangan Dataran Majlis Bandaraya Seremban semalam berikutan negara masih lagi berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 Peringkat Negeri Sembilan tetap meriah walaupun disambut secara sederhana.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin turut berangkat mencemar duli pada majlis berkenaan.

merdeka1

Keberangkatan tiba baginda berdua pada jam 8.40 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik.

Majlis ringkas itu disertai 250 tetamu terdiri daripada jemputan khas membabitkan orang kenamaan, pemimpin parti dan setempat.

Hadir sama, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan pemeriksaan suhu dilakukan sebelum menyertai barisan tetamu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Sembilan serta upacara menaikkan Jalur Gemilang dengan iringan lagu Negaraku dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

merdeka2

Kemudian, disusuli bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Aminuddin bersama 120 pembaca ikrar daripada barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan wakil petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Aminuddin berharap Negeri Sembilan terus kekal sebagai zon hijau Covid-19 dan semua rakyat mengambil semangat Hari Kebangsaan untuk memerangi pandemik Covid-19 dengan mematuhi SOP ditetapkan.

“Sempena kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama berdoa dan kuatkan semangat dalam menghadapi Covid-19 dan berharap Negeri Sembilan menjadi negeri terawal bebas daripada Covid-19,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99159/EDISI/Melaka-NS/Sambut-merdeka-secara-normal-baharu-tetap-meriah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan