Rembau1

 

REMBAU 28 Januari 2020 - Rembau akan dijadikan sebagai kewasan ekopelancongan bagi mengaktifkan kembali produk pelancongan sedia ada di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Rembau, Datuk Mohd Taufek Abd Ghani, berkata daerah itu mempunyai banyak pusat tumpuan pelancongan yang boleh menarik ramai pengunjung.

"Kita nak aktifkan sektor pelancongan di Rembau seperti Gunung Datuk, air panas Pedas, muzium Rembau, kelip-kelip dan udang galah di Sungai Timun.

 

"Selain itu, Rembau juga terkenal dengan lokasi masakan Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api dan daging salai berhampiran tol Pedas.Ini semua produk pelancongan yang perlu kita majukan," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas di Dewan Merdeka Rembau dan Hospital Rembau yang turut dihadiri Pengarah Hospital Rembau, Dr Fatin Mahirah Mahmood di sini hari ini.

 

Rembau2

 

Mohd Taufek yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan berkata, perkara itu akan dibincangkan secara mendalam dan lebih teliti bersama Jawatankuasa Pembangunan Daerah Rembau.

Dalam pada itu, menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Rembau berkuat kuasa hari ini bagi memantau segala projek di daerah itu terutama membabitkan Rancangan Malaysia ke-11.

Katanya, sebelum ini mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Rembau dipengerusikan Pegawai Daerah, namun selepas ini beliau akan mempengerusikan segala mesyuarat berkaitan pembangunan Rembau bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan berjaya diselesaikan.

 

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan