ns

 

SEREMBAN,9 September 2020 - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengumumkan satu insentif baharu perumahan khususnya kepada masyarakat luar bandar menerusi Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang dijadualkan pada penghujung November ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, insentif ini bertujuan menangani masalah yang dihadapi masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah.

"Bagaimana reka bentuknya, siapa akan dapat, semuanya akan diperincikan dalam belanjawan tersebut.

"Pada mesyuarat exco secara dasarnya kita telah bersetuju meluluskan satu jumlah (peruntukan) bagi tujuan tersebut supaya masyarakat luar bandar juga mampu menikmati segala pembangunan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas selesai merasmikan Portal Negeri Kita di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menggesa penduduk di negeri ini supaya tidak memandang ringan dengan keadaan semasa penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Saya meminta masyarakat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kita tak mahu apa yang telah berlaku sebelum ini berulang kembali di Negeri Sembilan.

"Harap masing-masing patuh kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, amalkan penjarakkan fizikal, jaga kebersihan diri dan basuh tangan... insya-ALLAH kita boleh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Portal Negeri Kita, Aminuddin berkata, secara umumnya, portal tersebut memberi liputan berita, aktiviti dan program wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk Senator, ahli Parlimen, exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dalam portal ini juga disediakan informasi bersifat Direktori Kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan termasuk nama, alamat pejabat dan nombor telefon untuk dihubungi.

"Ini bagi memudahkan rakyat menghubungi pejabat wakil rakyat atau penyelaras DUN sekiranya memerlukan apa-apa bantuan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100388/EDISI/Melaka-NS/NS-bakal-umum-insentif-baharu-perumahan-luar-bandar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan