Tarif Air

 

 

SEREMBAN 4 Januari 2020 - Negeri Sembilan masih mengekalkan pendirian tidak menaikkan kadar tarif air selari dengan janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu tiada kenaikan tarif air dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan membuat semakan secara terperinci dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengenai dakwaan semua negeri bersetuju melaksanakan pelarasan kadar tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

"Tiada perbincangan khusus mengenainya pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) setakat ini," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Xavier dimaklumkan berkata semua negeri secara dasarnya bersetuju menaikkan tarif air tahun ini manakala kadarnya akan dimuktamadkan selepas perbincangan selesai.

Xavier pada masa sama memberi jaminan kenaikan tarif air itu munasabah, tidak membebankan pengguna dan kadar peningkatan tidak melebihi dua peratus daripada pendapatan isi rumah.

Terdahulu, Aminuddin merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Dato Seri Aminuddin Harun yang julung kali dianjurkan di sini melibatkan 82 pasukan selama dua hari bermula hari ini.

Aminuddin juga memberitahu beliau mahu sukan sepak takraw terus diketengahkan bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.

"Sukan SEA lepas Negeri Sembilan menghantar tiga wakil dan seorang mereka berjaya membawa pulang pingat perak. Ini satu pencapaian yang membanggakan," katanya.

Pautan Pantas

   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan