Soalan Lazim

FAQs - All FAQs

Merupakan suatu perancangan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Rancangan Struktur kepada zoning gunatanah atau perancangan fizikal yang lebih terperinci. Ia menunjukkan tatatur pembangunan secara berskala besar bagi suatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.  Biasanya rancangan tempatan disediakan untuk satu daerah.

Rancangan kawasan khas adalah suatu kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemeliharaan atau amalan pengurusan atau sebahagiannya dengan satu kaedah atau sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan.

Laporan Cadangan Pemajuan adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A,Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukan.

Menurut Akta 172, Kebenaran Merancang ertinya kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan. Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBPT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBPT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya.

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang memberi kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.

Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja  pembangunan. 

Ianya merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara dua(2) tahun atau kedua-duanya sekali.Denda akan dikenakan sehingga RM5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Khidmat Nasihat Perancangan adalah perkhidmatan jabatan ini yang berkaitan dengan perancangan fizikal atau guna tanah kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi kepada PBT / PD. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter dan juga melalui panggilan telefon. Walaubagaimanapun, nasihat melalui panggilan telefon adalah tidak digalakkan kerana kurang jelas dari segi maklumat dan kekangan masa.

Bahagian Kawalan Perancangan bersedia menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon, di kaunter dan secara online melalui laman web berhubung dengan masalah permohonan perancangan. 

Pemohon perlu mengemukakan ;
No Lot Mukim dan No Syit bagi memudahkan mendapatkan maklumat berkenaan guna tanah bagi lot tersebut.

Pautan Pantas

   malaysiaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaBiro Pengaduan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MSC   MAMPU  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MYEGSuruhanjaya Pilihanraya MalaysiaMDECKetua Setiausaha Negara

Pautan Agensi

   malaysia Persekutuan

   nslogo smallNegeri

      PLANMalaysia    PLANMalaysia

Pautan Aplikasi

    GI9v2 large e1453807658505       Aplikasi GIS9

    planmalaysiaAplikasi PLANMalaysia

    malaysia       Aplikasi Untuk Kakitangan