TeamN9KINI

RANTAU, 03 SEPT – Seramai 500 penduduk sekitar Rantau hadir memeriahkan Majlis Ibadah Korban Aidiladha 1438H yang diadakan di Masjid Imam Haji Kahar, Rantau.

MB Korban 1

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir bersama-sama memeriahkan majlis dan turut menyempurnakan pengagihan daging korban.

Daging korban daripada tujuh ekor lembu yang dikorbankan hari ini diagihkan kepada para asnaf dan juga penduduk yang turut bersama-sama dalam gotong-royong tersebut.

Selain itu, turut diadakan juga ceramah ringkas berkaitan ibadah korban yang disampaikan oleh Ustaz Shukri Samsuddin serta jamuan kepada para tetamu yang hadir.

Ketika berucap, Menteri Besar menyeru kepada penduduk di Rantau supaya sentiasa eratkan perpaduan dan silaturahim sesama kita.

21271075 1565002890229788 8875682701265283044 n

“Dalam Islam ini perpaduan penting dan orang-orang Islam adalah saudara kita.

“Jangan kita sentiasa bertelingkah kerana ini akan menyebabkan berpecah belah dan bila ini berlaku ia mengakibatkan kita lemah. Akhirnya nanti orang akan mengambil kesempatan kepada kita,” ujarnya mengakhiri.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Latif.